Bandar Ini Adalah Bandar Paling Berbahaya Di Dunia

- 08.33
advertise here
Goma yang terletak di kaki gunung berapi Nyiragongo, salah satu gunung teraktif di dunia namun jarang dikaji kerana bersempadanan dengan Rwanda yang sedang berperang.

Gunung dengan ketinggian 3400 mdpl ini terletak di sebelah timur Republik Demokratik Congo (RDK) dan Goma yang berpenduduk satu juta orang sering menjadi korban pembunuhan dari negara jiran, Rwanda dan dijaga oleh 20,000 pasukan Pertubuhan Bangsa Bangsa bersatu.

Januari 2013 letusan Nyiragongo menyemburkan batuan lebur yang mengalir menuju Goma, meskipun tahun-tahun sebelumnya ada letusan seperti itu. Ramai penduduk mendirikan rumah di lembah Albertine yang dianggap kawasan penempatan paling berbahaya.

Seorang pengkaji gunung berapi dari Itali, Dario Tedesco memusatkan perhatian ke Nyiragongo selama 15 tahun terakhir. Menurutnya gunung berapi itu akan terus menerus meletus, dan mungkin mengubah Goma menjadi Pompeii masa kini. "Goma adalah bandar paling berbahaya di dunia," ujar Tedesco.

Pada 1977, lava meluncur deras melalui pergunungan dengan kelajuan lebih dari 95 kilometer per jam, aliran yang paling cepat dan menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh, walaupun lava sudah mengeras sebelum mencapai pusat bandar. Lava itu mengarah ke tasik Kivu.

Pada 2002 gunung berapi itu juga menyemburkan lebih dari 11 juta meter padu lava ke pusat bandar Goma, dan menghancurkan 14 ribu rumah, menanam bangunan hingga ke bahagian atas tingkat pertama, dan memaksa 350 ribu warga lari menyelamatkan diri.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search