Bahaya Pakai Fake Braces Online

- 16.31
advertise here

Dulu, orang pakai braces sebab nak memperbetulkan kedudukan dan struktur gigi. Sekarang timbul pulak fake braces dan orang pakainya sebab dah jadi macam trend. Kalau korang tinggal di Filipina, pakai fake braces ni dianggap sebagai satu simbol kekayaan. Tapi kalau di Amerika, sesiapa yang memakainya dianggap "uncool". Di Malaysia pulak macam mana ye...

BAHAYA KE PAKAI FAKE BRACES ? 

Biasanya mereka yang pakai fake braces ni akan mengalami ulser dan kereputan gigi disebabkan logam yang ada di dalam braces tersebut. Dan yang paling bahaya sekali, pakai fake braces ni boleh mencederakan diri korang sebab korang tak tahu/ tak dilatih untuk pakai braces dengan cara yang betul.

KENAPA ORANG BELI FAKE BRACES ?

Sebab utama kenapa ramai orang beli fake braces online dan memakainya sendiri kerana kos untuk pakai braces di klinik mencecah ribuan ringgit. Lepas tu setiap bulan kena pergi klinik untuk tukar braces. Kena keluarkan duit lagi. Dah la sakit, seksa pulak nak makan. Lagipun, pakai braces ni memerlukan penjagaan yang rapi untuk elakkan mulut berbau. Tapi kalau korang ada masalah struktur gigi, seboleh-bolehnya elakkan pakai fake braces online. Buat di klinik. Biar mahal asalkan selamat.


Kebanyakkan orang pakai fake braces sebab trend (mungkin bukan semua). Orang yang gigi dah cantik pun masih pakai braces dengan menggunakan fake braces. Tak percaya, tengok video kat atas,siap buat tutorial lagi. Biar sakit asalkan cantik..hehe. Yang tak rabun jangan minta rabun. Yang gigi elok jangan minta jadi macam ni ye. Kenal pasti kehendak atau keperluan. 

Sumber : Viral 4 Real.com

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search