Tanda-Tanda Kematian Menurut Kepercayaan Hindu

- 09.31
advertise here
Ramai orang yang masih bertanya-tanya akan misteri tentang kematian. Kematian adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan sangat dekat dengan kehidupan manusia.

Kerana ada kelahiran dan ada juga kematian.

Kepercayaan Hindu mengatakan bahawa ada beberapa tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kematian akan segera datang. Tapi tanda-tanda ini juga boleh muncul jauh sebelum seseorang meninggal.



1. Tanda Pertama
Bila kulit seseorang sudah menjadi pucat dan kemerahan itulah tanda kematian sudah dekat. Usia orang tersebut tidak akan lebih dari 6 bulan selepas mengalami tanda tersebut.

2. Tanda Kedua

Kematian akan datang jika seseorang sudah tidak boleh melihat bayangan dirinya di dalam cermin, kaca ataupun air. Boleh dilihat oleh orang itu sendiri tetapi orang lain tidak.

3. Tanda Ketiga

Tanda yang ketiga adalah ketika sesorang melihat semua benda yang dilihatnya berwarna hitam.

4. Tanda Keempat

Bila tangan kiri seseorang mengalami kejang dalam masa satu minggu maka itulah petanda kematian dan tidak akan lebih dari satu bulan lamanya.

5. Tanda Kelima

Jika deria seseorang mulai tidak boleh digunakan, maka usianya hanya sampai dengan 6 bulan lamanya.

6. Tanda Keenam

Kematian boleh juga diketogerikan dengan tidak mampu untuk melihat cahaya bulan, matahari ataupun api.

7. Tanda Ketujuh

Jika lidah mula kaku, gusi menebal dan bengkak dalam keadaan seseorang sedang sakit, maka usianya tidak akan lama.

Itulah tanda-tanda kematian menurut kepercayaan Hindu.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search