Bestnya Maggi Kawen VS Bestnya Aku Kawen

- 23.54
advertise here

Terlebih dulu nak mintak maaf sebab lambat bagitahu kat korang yang aku dah kawen. Bukan sengaja tak nak bagitahu, tapi sebab excited sangat..terlupa nak bagitahu semua. Rasa macam hari-hari nak kawen, sekali kawen nak lagi..hehe. Yang tak kawen lagi tu, harap-harap cepat la korang kawen ye. Jangan tangguh pulak, nanti melepas kang.

Eh, jangan silap faham pulak. Ni kawen yang lain tau. Kalau aku kawen, konpem aku jemput semua. Nak tahu aku kawen apa, teruskan baca kat bawah ni. 


Terbaca dalam page Maggi Malaysia tentang maggi kawen. Bagi yang tak tahu, maggi kawen tu maksudnya korang masak maggi, campur perencah kari + asam laksa atau campur perencah tomyam + ayam. Sebelum ni pun aku dah buat maggi kawen ni..maggi tambah perencah kari + ayam. Patutlah sedap, tak sangka pulak aku ni pandai masak..hehe


1. Masukkan 760ml air ke dalam periuk.
2. Masukkan perencah maggi kari dan perencah maggi ayam.
3. Masukkan 2 tangkai daun kari.
4. Kemudian masukkan 50 gram lobak, 50 gram seleri dan didihkan selama 1 minit.
5. Seterusnya masukkan 50 gram cendawan tiram, 60 gram ayam yang telah dimasak dan masak selama 1 minit.
6. Akhir sekali, masukkan 2 paket mi maggi dan sedia untuk dihidang. 

MAKAN MAGGI PUN BOLEH MATI?

Sape yang tak baca lagi entri makan maggi pun boleh mati, sila baca sekarang. Mesti korang tergelak sorang-sorang..hehe

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search