Wanita Berusia 30an Kelihatan Seperti Bayi Kecil

- 19.00
advertise here

Seorang wanita mempunyai keunikan yang tersendiri apabila wajah dan bentuk fizikalnya tidak ubah seperti seorang bayi kecil. Wanita ini juga sudah pun mencecah usia 30 tahun.

Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu. Di atas merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti seorang bayi.

Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.


           
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search