Malam Pertama Di Air Terjun Gunung Ledang

- 18.02
advertise here

HONEYMOON DI AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


Bagi yang baru mendirikan rumah tangga, aku cadangkan korang datang dan luangkan masa berbulan madu di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak. Biasalah, honeymoon ni kena la kat tempat-tempat sejuk sikit..kehkeh. Pemandangan air terjun kat sini memang cantik dan bersih. Yalah, tempat ni memang diorang jaga sangat-sangat. Nak masuk kat kawasan ni korang kena jumpa pak guard dulu. Kalau korang dah tempah resort untuk bermalam kat situ, kereta boleh bawak masuk sampai dalam. Kalau sekadar nak datang mandi, datang nak usha awek cantik ke, kena parking kat luar.

AKTIVITI BBQ DAN MANDI

 
Biasanya hujung minggu, aku datang lepak kat sini. Alah, 15 minit je dari rumah aku di Tangkak. Air terjun Gunung Ledang memang sejuk giler, maklum la kawasan hutan, terjaga pulak tu.

Bayangkan korang letak mineral water dalam air mengalir tu dan tunggu lebih kurang dalam 10 minit korang ambik balik..perghhh, rasa macam baru keluar dalam peti ais je.   


Antara aktiviti yang best kalau korang datang sini ialah BBQ. Seronok bakar ayam ramai-ramai. Kitorang dah pecahkan tugas. Ada yang kena bawa buah, ayam, kuih, nasi dan macam-macam lagi la. 

Aku pulak kena masak spaghetti, tak sangka pulak pandai masak western..muahaha. Memang berselera makan dengan kawan-kawan. Ambik makanan pastu bawak masuk dalam air, terapung je..malas nak pegang..hehe

Dah siap makan, mandi la. Tapi dinasihatkan korang jangan terus menyelam, boleh beku..masuk dalam air slow-slow..grrrrrr..sejuk. Air nampak je cetek tapi paras pinggang jugak. Tempat aku mandi ni baru tingkat pertama. Ada banyak tingkat lagi..malas nak naik.

Waktu aku datang ni dah pukul 4 petang, boleh mandi dengan separuh badan je tenggelam. Kesejukan yang melampau.



Ada masa korang datang sini, roger-roger la ye. Boleh lepak sekali, sambil-sambil mengeteh ke :)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search