Abang, 10 Minit Boleh Tak?

- 06.50
advertise here

Sedang asyik siapkan kerja sambil dengar lagu kat bilik guru, tiba-tiba bunyi suara perempuan menyapa.

"Cikgu busy ke?"
"Takde la busy sangat..sikit lagi kerja nak siap"
"Saya panggil abang boleh tak? Abang pernah dengar tak pasal insuran xxxxxx ni?"
"Ok, saya dah ada insuran"
"Ala, abang dengar dulu..10 minit je pun"

Rasa macam kejam sangat pulak kalau kata tak nak. So, biar je dia terang A sampai Z pasal insuran xxx tu.

5 minit berlalu....
Dia keluarkan kertas, conteng sana sini, buat pengiraan kata insuran xxx ni bagus.

7 minit berlalu....
"Abang tahu tak masa depan kita macam mana. Katakan la esok abang...bla..bla..bla.."

10 minit berlalu....
"Abang belum kahwin lagi kan..so, insuran ni sesuai dengan abang sebab..bla..bla..bla.." 

15 minit berlalu....
= =" krik..krik..krik

20 minit berlalu....
"Wei, bila nak habis ni" cakap dalam hati je.

Selepas hampir setengah jam, habis jugak tazkirahnya pasal insuran xxx tu..grrrr. Kalau tak layan nampak kejam..dah layan terlebih pulak. Tapi kan gaya cakap orang jual insuran ni memang boleh cair beb. Mujur aku dah ada future wife :)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search