Sabtu, 31 Agustus 2013

Pilih Isteri Cantik, Pilih Suami Hensem



Ada orang kata nak anak comel, kena cari isteri cantik atau suami yang hensem.

Ada orang kata kalau memilih suami kerana kacak, kacak tu akan hilang..lagipun hidup bersama nanti nakkan kasih sayang,bimbingan,tunjuk ajar dan saling mengimbangi.

Ada orang kata kalau memilih isteri hanya kerana cantik, 24 jam sibuk dengan tips kecantikannya, suami tak terurus..bila dah hilang cantik,takde lagi yang indah,takde lagi sayang.

Nak pilih yang macam mana?

Putih-putih bak melati,
Merah-merah bagai delima,
Pilihlah yang baik hati,
Yang sayangkan agama.

Pendapat aku, rupa penting jugak dalam mencari pasangan. Kalau aku, paling kurang nak yang ada rupa dan agama..hehe. Rupa tak semestinya kena cun or cantik macam artis tapi biarlah tenang kita melihatnya. Sebab tu dianjurkan tengok dulu pasangan sebelum kahwin. Tapi kalau kita dengar orang cakap dia ni beragama sekian-sekian, then bila kita tengok dia, tak berkenan di hati, agak-agak apa akan jadi. Entri ini sekadar pendapat admin..sekian :)

Sabtu, 24 Agustus 2013

Kenapa Mesti Ada Skandal?

Amaran : Entri ini akan buat sesetengah orang marah, tak puas hati, bengang dan seumpamanya.
 
Percaya ke tak, orang yang suka pasang skandal ni bajet dia bagus sangat..kira market tinggi la dapat pasang sana sini..tak sedar dah mainkan perasaan orang lain. Kira macam "Woowww..kira hebat la aku ni dapat pasang 2 3 awek/pakwe". Skandal ni tak datang sendiri..kita yang cari. Mula-mula kenal..pastu jadi skandal.

KENAPA ADA SKANDAL?
1.  Kurang kasih sayang dan perhatian..tak nak perhatian sorang je. Nak perhatian lebih. Spare part bila yang ni takde yang lain ada. Kononnya baru la tak kesunyian. Bayangkan kalau partner korang ada kerja tapi korang gunakan alasan "Boring la takde orang nak mesej" sebab nak hilangkan kesunyian korang tu..WTH!!



2. Suka mainkan perasaan orang. Kat depan pasangan kata cinta tapi kat belakang main kayu 10. Orang macam ni takde hati sebab sanggup tikam belakang. Jangan marah nanti bila korang terkena balik apa yang korang dah buat. 

3. Semua dia nak sapu..bukan sapu sampah ye..hahaha. Tengok yang tu cantik/hensem dia nak. Tengok yang ni comel/smart pun dia nak. Semua dia nak simpan jadi spare part. Kalau tak serius, jangan bagi harapan kat orang. Tak pasal-pasal nanti ada yang berdendam.



P/S : Setia pada yang satu. Kita buat kat orang, tak mustahil satu hari nanti kita akan kena balik benda yang kita buat kat orang tu. 
 

Rabu, 21 Agustus 2013

Lelaki yang baik itu

Lelaki yang baik itu

Lelaki yang baik itu :

Tak akan mudah menggoda wanita.
Tak akan mudah merayu-rayu wanita.
Tak akan mudah tebar janji pada wanita.
Tak akan mau menjerumuskan wanita.

Wanita yang baik itu :

Tak akan mudah digoda lelaki.
Tak akan mudah dirayu-rayu lelaki.
Tak akan mudah hanyut pada janji manis lelaki.
Tak akan mudah diajak untuk bermaksiat.

Ia akan pandai menjaga kehormatan dirinya.
Ia akan melindungi hatinya dari nafsu yang akan menjebaknya.
Ia akan membentengi dirinya dengan keteguhan iman.

Ia akan selalu berhati-hati dan selalu menjaga.
Kapan waktu yang tepat untuk melabuhkan cintanya.
Kapan waktu yang tepat untuk menambatkan hatinya.
Dan kepada siapa orang yang tepat untuk menjadi pendampingnya.

Ia sudah berketetapan hati.
Untuk siapa kasih sayangnya akan diberikan.
Untuk siapa nafas cintanya akan diserahkan.

Tiada lain..
Hanya untuk untuk pasangan halalnya nanti.

Dan Yang Pasti siapa yang Like dan Share status ini
admin do'akan, Semoga dapat Jodoh yang Sangat Setia
dan Sakinah Mawaddah warohmah.. Aamiin

Selasa, 13 Agustus 2013

Dayus Bila Suami Pukul Isteri

Hebat..bila isteri dengan anak-anak masuk je dalam lift, terus dia pukul isteri. Bukan setakat tu je, sepak terajang ala-ala Ong Bak pun tunjuk sekali. Siap belasah isteri dia depan anak-anak lagi kot. Kalau berani,pergi cari dan belasah samseng yang tembak orang sekarang ni.Maybe ada kisah disebalik kejadian ni..yang faham hanya mereka berdua.

Walau apa pun alasan, jangan la pukul isteri..apatah lagi depan anak. Ada masalah bawak berbincang. Fobia anak akan bawak sampai ke alam rumahtangga mereka nanti. Masa bercinta, kemain duk ambil berat..awek merajuk macam-macam ayat guna nak pujuk. Bila dah dapat, takde dah sayang..salah sikit terajang. Yang dah kawen, jaga la suami isteri elok-elok. Yang belum kawen tu, cari la calon-calon yang macam kat bawah ni ye :)




Minggu, 11 Agustus 2013

Mak Cik Nak Jual Anak Ke?

Soalan femes sedara mara tanya bila pergi beraya. Dah ada calon belum?

Kalau jawab takde diorang tak percaya.

So, mudah je aku jawab. Calon tu memang ramaiii. 'Calon PMR' dengan 'Calon SPM' kat sekolah ada la.hehehe


Alkisahnya, aku ada terbaca dalam paper Kosmo..katanya nilai anak dara berkelulusan ijazah boleh mencecah RM 50,000. So, kitorang yang bujang ni buat la meeting kat kedai kopi, bincang pasal benda ni. Antara pandangan kawan-kawan aku :

A :
Hantaran mahal, hutang keliling pinggang, isteri tu jugak yang susah nanti.

B :
Ish...ish..macam nak jual anak je..siap ikut kelulusan lagi tu..yang ada PHD tak tau la bape.

C :
Macam ni membujang sampai ke tua la kita..

D :
Adakah hantaran yang mahal tu boleh jamin kebahagiaan perkahwinan itu sehingga akhir hayat?


Tapi ada jugak yang kata "Kalau kita boleh usung anak dara orang ke sana sini, kita boleh berbelanja dating paling leceh pun RM50, kalau kita boleh habis topup beratus sebulan bergayut dengan marka, takkan nak bising dengan hantaran tinggi?"

P/S : To my future wife, please be nice to me :)

 

Senin, 05 Agustus 2013

Beli Baju Raya VS Jahit Baju Raya


Awal lagi aku dah siap beli kain, kaler biru mintak tukang jahit buat baju melayu. Bila ditanya dah siap ke belum jawapannya memang spoil mood raya aku. Nak tak nak, ambil kunci kereta pergi usha awek baju raya kat bazar. Dapat jugak la 2 pasang. Balik dari bazar terbeli pulak kuih raya..nampak macam sedap je.

 
Sekarang ni tak susah nak cari baju. Ada orang suka pergi bazar sebab boleh tengok, belek dan cuba baju tu. Ada jugak yang suka beli kain ikut citarasa pastu mintak upah jahit. Dan tak kurang jugak beli secara online sebab malas nak keluar rumah..yalah, raya-raya ni jalan memang jammed. Pahala puasa pun kurang sebab asyik duk menyumpah kat driver lain..huhu. Macam mana dengan anda?


Top