Pilih Isteri Cantik, Pilih Suami Hensem

- 02.33
advertise here


Ada orang kata nak anak comel, kena cari isteri cantik atau suami yang hensem.

Ada orang kata kalau memilih suami kerana kacak, kacak tu akan hilang..lagipun hidup bersama nanti nakkan kasih sayang,bimbingan,tunjuk ajar dan saling mengimbangi.

Ada orang kata kalau memilih isteri hanya kerana cantik, 24 jam sibuk dengan tips kecantikannya, suami tak terurus..bila dah hilang cantik,takde lagi yang indah,takde lagi sayang.

Nak pilih yang macam mana?

Putih-putih bak melati,
Merah-merah bagai delima,
Pilihlah yang baik hati,
Yang sayangkan agama.

Pendapat aku, rupa penting jugak dalam mencari pasangan. Kalau aku, paling kurang nak yang ada rupa dan agama..hehe. Rupa tak semestinya kena cun or cantik macam artis tapi biarlah tenang kita melihatnya. Sebab tu dianjurkan tengok dulu pasangan sebelum kahwin. Tapi kalau kita dengar orang cakap dia ni beragama sekian-sekian, then bila kita tengok dia, tak berkenan di hati, agak-agak apa akan jadi. Entri ini sekadar pendapat admin..sekian :)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search