Seringgit Je Ada Dalam Dompet

- 18.23
advertise here

Sudah berapa kali dompet hitam itu dibuka..dengan harapan manalah tahu terselit duit kertas yang lain. Hampa..cuma tinggal seringgit sahaja dalam dompetnya itu. Tabung duit syiling botol air mineral dah dikorek..buat belanja pada minggu lepas. Dengan duit seringgit itu di dalam tangan, makanan apalah yang boleh dibelinya. Untuk mengalas perut, dia terpaksa membeli mee segera dan baki selebihnya itu disimpan.

Nak pinjam dengan kawan, segan pulak rasanya. Terpaksa dia gagahkan hati menefon emaknya untuk meminjam RM 100 sebagai bekal untuk menyara hidup pada minggu tersebut. Hampir menitis air matanya mengenang nasib belajar di perantauan. Siapa dia? Aku la tu..hehe. Teringat masa susah belajar kat universiti dulu. Even dapat biasiswa KPM, still tak cukup. Mujur ada biasiswa mak ayah. Alhamdulillah, sekarang dah kerja gaji beribu-ribu masa nak balas jasa diorang pulak.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search