Apa Korang Rasa Bila Ditipu Oleh…

- 21.39
advertise here

Ditipu Oleh Kawan Baik 
Bayangkan semua benda dan rahsia korang cerita kat kawan baik tapi dia tikam belakang. Dicerita pulak dekat orang lain..habis satu kampung rahsia korang dijaja macam karipap panas..hahah. Aku kalau dapat kawan macam ni, sumpah sampai bila-bila aku tak percaya dah..tiada maaf bagimu.

Ditipu Oleh Girlfriend/Boyfriend 
Dah la tipu korang pastu kantoi pulak. Aku masa duk kat universiti dulu macam-macam kawan aku duk mengadu..dan aku sendiri pun terkena kena, bukan sekali tapi 2 kali. Pasangan korang kantoi dengan SMS, kantoi jumpa dengan orang lain..menyirap darah kalau dapat pasangan macam ni. Kalau benda ni terjadi kat korang, perlu ke diberi peluang kedua?

Ditipu Oleh Saudara Mara 
Orang kalau nak menipu, tak kira dah saudara ke hape..asalkan dapat apa yang dihajatkan tu jadi la. Kawan aku pernah kena tipu dengan sepupunya sendiri..sepupu dia kata ada kereta murah. Pastu bagi duit lesap macam tu je. So, do you trust your cousin? 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search