TIPS TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

- 13.14
advertise here


RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Oleh MUHABIR BIN IBRAHIM
http://www.kerjayamahasiswa.com/hop.php?ref=my

Saya kongsikan beberapa tips untuk semua calon-calon untuk Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N41;

#1 Jika anda seorang graduan, tunjukkan kebolehan dan pengetahuan anda setanding dengan ijazah yang anda miliki. Jangan sekali-kali biarkan panel penemuduga mempunyai persepsi bahawa prestasi anda sama sahaja dengan calon-calon yang lain.

#2 Jika anda calon yang sedang berkhidmat, berikan tanggapan yang meyakinkan bahawa seolah-olah anda sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27. Jawap semua soalan temuduga atas kepercayaan bahawa anda sedang menjawat jawatan tersebut.

#3 Jika anda calon 'fresh', jangan mempunyai persepsi negatif mahupun rendah diri. Tunjukkan kemampuan anda melebihi tahap umur dan kelayakan akademik anda. Pamerkan semangat dan tenaga muda anda yang kuat. Berikan harapan kepada panel bahawa anda adalah calon terbaik yang mesti dipilih. Berikan idea kreatif dan jalan penyelesaian yang kreatif yang akan menguntungkan organisasi. Ambil masa untuk mengkaji kelemahan dalam organisasi awam dan beriakan jalan penyelesaian.

#4 Tugas kerjaya ini rencam sifatnya. Umumnya anda akan diberikan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat, sumber manusia, kewangan dan sebagainya bergantung kepada penempatan anda. Namun, anda juga boleh diberikan tugas selain dari yang dinyatakan di atas seperti pengurusan harta, aset, majlis, penerbitan, dasar dan pelbagai lagi.

#5 Bagi tujuan temuduga, bacaan wajib yang disarankan termasuklah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Perbendaharan dan Perlembagaan Persekutuan. Panel suka bertanya soalan isu semasa yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan awam; contohnya isu jenayah jalanan yang menimbulkan perasaan tidak selamat kepada rakyat. Apa peranan yang perlu dilakukan oleh perkhidmatan awam (PDRM).

#6 Jika anda masih mempunyai banyak masa lagi, pergi bertemu ramah dengan penyandang kerjaya tersebut tidak kurang 10 orang. Tanya pengalaman dan nasihat mereka. Minta mereka tunjuk atau ajarkan bagaimana mereka melakukan tugas mereka. Jika boleh, biar anda yang lakukan dengan penyeliaan mereka. Di penghujung cerita, anda sudah pun mempunyai pengalaman 10 orang Penolong Pegawai Tadbir.

#7 Contoh Soalan Sikap atau Personaliti;
"Apa yang saudara/i lakukan selepas tamat pengajian sehingga hari ini memandangkan sudara/i telah tamat pengajian 7 bulan lepas"

Jika jawapannya "tidak melakukan apa-apa" ia menunjukkan calon seorang yang tidak ada inisiatif dan sifat berdikari. Ini bermakna, bila bekerja seseorang itu berkemungkinan tidak proaktif atau pasif. Hanya suka menunggu dan tidak ada daya usaha sendiri. Sudah tentu panel tidak tertarik.

#8 Contoh soalan mengenai pengetahuan;

"Apakah mekanisme luaran jabatan yang sedia ada bagi mengawal dan memastikan peruntukan kewangan dbelanjakan dengan berhemat dan mengikut peraturan kewangan"

Oleh kerana seseorang Penolong Pegawai Tadbir terlibat dalam pengurusan jabatan, beliau perlu mengetahui peranan 'semak dan imbang' yang dilakukan oleh jabatan akauntan negara, jabatan audit negara, suruhanjaya pencegahan rasuah dan jawatankuasa kira-kira wang awam.

#9 Contoh soalan mengenai kemahiran dan pengalaman,

"Bagaimanakah pengalaman saudara/i sebagai jurujual boleh membantu dalam melaksanakan tugas jawatan yang dimohon ini? Saya nampak macam tidak berkaitan (cuba buat provokasi)

Walaupun memang tugas Penolong Pegawai Tadbir tidak ada kaitan dengan jualan secara langsung, calon boleh menekankan mengenai kompetensi umum yang perlu ada pada setiap pekerja seperti kemahiran berkomunikasi, menetapkan sasaran, kemahiran persembahan dan sebagainya yang merupakan skill utama seorang jurujual.

Selamat Berjaya!

Hak Cipta © Muhabir Bin Ibrahim 2013


RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN - KLIK DI SINI


Penjadualan Temu Duga Bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (2/5/2013 - 14/6/2013)
Penjadualan temuduga bagi jawatan tersebut adalah dibuat secara berperingkat.

Peringkat Pertama - Jadual temu duga bagi tarikh 2/5 - 11/5 boleh disemak mulai 29/4/2013
Peringkat Kedua - Jadual temu duga bagi tarikh 12/5 - 14/6 boleh disemak mulai 7/5/2013 


Semakan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27
http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php



Info Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


 

 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search