Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor untuk Penggal Kedua

- 00.02
advertise here

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, yang dijadual diadakan di Istana Alam Shah, 9.00 pagi 14 Mei 2013 (Selasa).

Bercakap kepada wartawan, beliau berkata, pagi ini (Isnin) beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Bukit Kayangan, jam 11.30 pagi.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Abdul Khalid berkata, barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan Exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu Exco baru akan dilantik," katanya.

- BERITA HARIAN



 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search