Selasa, 09 April 2013

Sukan Bola Sepak Guna Basikal Di Jepun..

 Pertandingan Bola Sepak dengan Menggunakan Basikal

Menggunakan kaki saja sudah cukup sukar, apalagi menggunakan basikal?

Sebuah pertandingan bola sepak yang unik di Jepun. Jika biasanya bermain bola sepak hanya dengan menggunakan kaki, kali ini di negeri sakura di gelar sebuah perlawanan bola sepak dengan menggunakan basikal!

Boleh dibayangkan betapa sukarnya bermain bola sepak dengan menggunakan basikal. Ini merupakan bentuk perpaduan dua sukan yang tentunya memerlukan kepakaran dan kekuatan lebih. Kadang-kadang jika tak mampu mengendalikan keseimbangan ketika berlanggar dengan pemain lawan, mereka pasti akan terjatuh.

Negeri penuh inovasi Jepun kembali mempraktikkan sukan unik yang terdiri dua komponen sukan, bola sepak dan basikal. Hebatnya tidak hanya mencampur dua sukan tersebut, mereka juga membuat pertandingan tersebut.

Hal gila namun menimbulkan rasa kagum itu hanya boleh dilihat di perfektur Kagoshima Jepun. Adalah RC Mazda Hochst III kontra Congo Tokyo dalam perebutan final piala dunia UCI 2010 silam sebagai pasukan yang bertanding.

Sukan ini hampir sama sekali dengan futsal. Bertempat di tempat indoor dan satu pasukan hanya terdiri dua orang yang menggunakan basikal. Namun yang unik, mereka menjaga gol, menendang sehinggalah merebut bola layaknya bermain menggunakan kaki bukan basikal. Tak kekok dan kelihatan selesa dalam bermain.

Pada akhirnya yang merebut gelaran tersebut adalah Mazda Hochst III dengan skor 9-6 atas Congo Tokyo. Uniknya, pemain Mazda bukan berasal dari negeri sakura melainkan Austria dengan kakak beradik Thomy dan Markus Broll sebagai skuat utamanya.

Berikut ilustrasi permainan :sumber



Top