Remaja Katoi Tengah Lerai Motor Curi.

- 17.17
advertise here

PETALING JAYA - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Dua remaja yang sedang leka meleraikan komponen dua buah motosikal curi diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis  Damansara di tempat kletak motosikal sebuah pangsapuri, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed berkata, anggota polis dari Unit Jenayah Balai Damansara menerima maklumat sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan  didapati sedang  meleraikan komponen motosikal pada jam 6 pagi.

“Dua suspek berusia 17 dan 20 tahun itu pada mulanya cuba melarikan diri sebaik  menyedari kehadiran anggota polis," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan kerana pihaknya percaya  masih terdapat lagi  saki-baki anggota kumpulan itu.

Sementara itu dalam kes berasingan, Arjunaidi berkata, seorang lelaki warga Colombia  gagal  memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada  malam Rabu lalu.
"Suspek cuba masuk ke dalam sebuah rumah namun pengera keselamatan berbunyi menyebabkan penghuni meminta bantuan jiran menyebabkan suspek berjaya diberkas," katanya.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu kemudiannya  diserahkan kepada anggota unit peronda MPV.
Katanya, pihaknya turut menjumpai peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan pecah rumah.sinarharian.com.my

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search