Pelan Blackberry Z10 daripada Maxis

- 08.56
advertise here

BLACKBERRY Z10 bakal menemui peminat telefon pintar jenama tersebut mulai bulan ini, tetapi buat permulaan hanya boleh didapati di pusat Maxis di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Sandip Das, Blackberry merupakan salah satu peranti yang penting kepada pelanggan korporat selama lebih daripada satu dekad.

"Sejak beberapa tahun yang lalu, peranti ini juga telah menawan pengguna muda terutamanya dengan aplikasi yang ditawarkan.

"Terkini BlackBerry Z10 yang merupakan titik perubahan dalam sejarah syarikat dengan sistem operasi baru yang direka untuk menetapkan semula standard dalam arena peranti terminal," katanya dalam satu majlis perasmian peranti tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Blackberry Z10 menawarkan pelbagai aplikasi terbaru serta tawaran istimewa menerusi Maxis.

Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama memperkenalkan peranti pelbagai guna BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004,.

Sejak itu, syarikat tersebut terus menerus menerajui pasaran dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan.

Maxis juga menawarkan pelbagai jenis peranti dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu.

Sementara itu, BlackBerry Z10 merupakan telefon pintar BlackBerry yang pertama dilancarkan melalui platform BlackBerry 10 yang dinaik taraf bagi memberikan pelanggan pengalaman mudah alih pengkomputeran baru yang unik.

Telefon pintar BlackBerry Z10 merupakan peranti yang terpantas dan paling canggih dalam kategori tersebut malah menawarkan pengalaman yang menarik dan dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search