Pelakon Watak Bapa Saudara "Harry Potter" Meninggal

- 19.30
advertise here

LONDON - Aktor Richard Griffiths (gambar) yang berlakon dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 65 tahun, kata seorang ejennya semalam.

Menurut ejennya, Simon Beresford, Griffiths disahkan meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung selepas dia menjalani pembedahan di Hospital Universiti Coventry, tengah England.

Dia yang memegang watak Vernon Dursley yang merupakan bapa saudara Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe muncul dalam lima siri filem itu.

Griffiths turut dikenang oleh para peminatnya menerusi watak Uncle Monty dalam filem tahun 1987, Withnail & I. - Agensi http://www.kosmo.com.my


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search