Mata Pisau Tertanam Di Belakng Badan Selama 3 thn

- 08.54
advertise here
 Selama 3 tahun , Billy McNeely merasakan nyeri pada bahagian belakangnya. Setelah mengalami beberapa peristiwa ganjil, barulah ia menyedari bahawa rasa nyerinya itu disebabkan oleh mata pisau sepanjang 7.6 cm yang tertinggal di belakangnya.

Lelaki berusia 32 tahun yang berasal dari Kanada ini memang pernah ditusuk sebanyak 5 kali kerana insiden pada perlawanan gusti lengan 3 tahun lalu. Ketika itu ia lantas dikejarkan ke pusat perkhidmatan kesihatan terdekat untuk diubati. Doktor telah menjahit luka tanpa memeriksa masih ada pisau yang masih tertanam.

Anehnya, doktor yang mengendalikan ketika itu tidak menyarankan Billy untuk diperiksa dengan sinar-X. Semenjak peristiwa itu, Billy merasa salah satu luka tusukannya tidak sembuh-sembuh.Setiap kali menemui doktor, ia hanya diberitahu bahawa rasa sakit dan terbakar yang ia rasakan adalah kerana kerosakan saraf.

Perkataan doktor sedikit sebanyak menenangkan Billy. Hingga akhirnya sebuah benjolan pada bekas lukanya pun mula menonjol. Lelaki yang tinggal di Northwest, Kanada ini terkejut apabila merasakan ada hujung pisau logam ketika jarinya menyentuh benjolan itu.

Billy teringat ketika dipenjara,Apabila ia melalui alat pengesan logam ,penggera akan berbunyi. Alat pengesan selalu menyala ketika didekatkan kebahagian belakangnya. Beberapa hari yang lalu Billy meraba-raba bekas luka di belakangnya dengan jari dan mencari sesuatu yang mengejutkan.

"Kuku saya tesekat pada bahagian hujung pisau di bawah kulit dan membuat terasa sakit, saya bimbang," kata Billy seperti dipetik dari Daily Mail, Jumaat (22/3/2013).

Pasangannya menawarkan diri untuk mencabut pisau dari punggungnya dengan pinset, tetapi Billy memutuskan untuk ke hospital saja. Doktor akhirnya mengeluarkan pisau yang menancap di punggung Billy selama 3 tahun. Pisau itu ia simpan sebagai kenang-kenangan. Kerana kes ini, Billy merancang melayangkan tuntutan ke Jabatan Kesihatan Wilayah Northwest.

"Saya agak kecewa dengan sistem kesihatan. Mereka seharusnya terus memeriksa dengan sinar-X sejak awal kalau-kalau ada kerosakan di bahagian dalam," keluh Billy.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search