Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dari Cina

- 19.30
advertise here
NEW YORK - Sebiji mangkuk berusia 1,000 tahun dari China yang dibeli pada harga AS$3 (RM9.33) di jualan garaj di sini telah dijual semula dengan harga lebih AS$2.2 juta (RM6.84 juta) di sebuah pusat lelongan.

Firma lelongan Sotheby menyatakan, sebuah keluarga di New York telah membeli mangkuk yang berasal dari Dinasti Song Utara itu dengan harga kira-kira AS$3 (RM9.33) pada 2007.

Namun selepas dinasihati beberapa orang pakar, pemiliknya telah menyerahkan mangkuk berkenaan untuk dilelong.

Firma lelongan itu menjangkakan mangkuk tersebut akan dijual pada harga AS$200,000 (RM622,579) hingga AS$300,000 (RM933,894).

Tetapi seorang peniaga dari London Giuseppe Eskenazi telah membeli mangkuk itu pada harga AS$2.2 juta termasuk bayaran komisen.

Firma lelongan itu memberitahu, mangkuk yang sama dari segi rupa, saiz dan bentuk telah menjadi koleksi Muzium Britain di London sejak 60 tahun lalu. - Reuters
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search