Selasa, 19 Maret 2013

Khabar angin Parlimen dibubar hari ini tidak benar - Pejabat Perdana Menteri


Pejabat Perdana Menteri dalam Twitter sebentar tadi menjelaskan khabar angin Parlimen akan dibubar hari ini oleh Datuk Seri Najib Razak adalah tidak benar sama sekali.

"Salam sejahtera. Khabar angin yang menyatakan Perlimen akan dibubarkan hari ini oleh Perdana Menteri @ Najib Razak tidak benar sama sekali," demikian posting yang dikeluarkan dalam akaun Twitter Pejabat Akhbar Perdana Menteri.

* Sehingga jam 1.34 Petang.

 

 

Top