Minggu, 17 Maret 2013

Kereta Masa Depan Kawalan Automatik..

 Hitachi memperkenalkan inovasi teknologi terbaru bernama Robot for Personal Transport System (Ropits) yang dikatakan akan menjadi alat pengangkutan manusia di masa depan.

Ropits merupakan kereta mini yang automatik membawa penumpangnya ke destinasi dengan menggunakan sistem Global Positioning System (GPS). Penumpang hanya perlu menyentuh peta digital yang disediakan dan kereta akan terus menghantar ke tempat tujuan.

Namun kereta yang hanya mengandungi satu penumpang ini juga dilengkapi joystick sebagai pengganti stereng jika sewaktu diperlukan kawalan manual.

Bertempat di bandar Tsukuba, Wilayah Ibaraki, kereta yang direka untuk boleh melaju di zon pejalan kaki ini diperkenalkan kepada awam. Kereta ini dihasilkan untuk membantu orang-orang yang sukar berjalan. Dewasa ini, banyak orang berusia di Jepun yang mengalami masalah tersebut.
 Ropits dilengkapi sensor jarak laser untuk berjaga-jaga sekira adanya halangan. Selain itu, ada pula sensor gyro yang menjaga keseimbangan ketika melaju di atas jalan yang tidak rata.



Top