Cukup Ke Dengan Satu Blog?

- 21.13
advertise here

Kata Blogger Yang Cukup Dengan Satu Blog
Satu blog pun dah susah nak update terutamanya bagi yang dah bekerja..students pun sama..sibuk dengan assignments. Bila dah sibuk memanjang dan badan pun jadi penat..jangan kata nak update blog nak singgah ke blog blogger lain pun tak lepas..hahaha. Paling banyak pun 2 kali update seminggu. Lagi dahsyat sampai berbulan-bulan tak update.Tu baru nak jaga satu blog. Belum ada blog yang kedua..apa pun, kualiti lebih baik dari kuantiti.

Kata Blogger Yang Tak Cukup Dengan Satu Blog
Full time blogger memang konpem kena ada 2-3 blog..satu mana cukup nak cari makan. Tapi biar blog yang pertama tu betul-betul stabil,baru uruskan blog yang kedua..blog yg kedua hanyalah untuk backup sahaja. Dan kalau korang blogger yang nak naikkan pagerank, tingkatkan trafik dan tambah earning blog, nak tak nak memang perlukan lebih dari satu blog..tak kisah la nak guna akaun blogspot atau wordpress. 

Kata Admin Blog Ini
Bagi aku yang jarang update, ada satu blog pun dah susah. Semua tu bergantung kepada kerajinan dan kemalasan individu itu sendiri..aku malas..hehehe. Maybe ada sesetengan blogger perlukan lebih blog bagi tujuan tersendiri…cuma bila dah ada 2-3 blog, cara menguruskan tu kena betul dan berdisplin.So, apa kata anda?

Entri lain yang anda mesti baca :
Advertisement


 

Start typing and press Enter to search