Berus Gigi Untuk Orang Pemalas..

- 21.30
advertise here
 ADEL Elseri dan Said Fayad, dua sahabat dari Kanada berusia 26 tahun berjaya mencipta sejenis pelekap sekeliling lidah yang boleh menggantikan berus gigi.
Dipetik MailOnline, Elseri berkata, alat digelar T2T itu didakwa lebih menjamin kebersihan berbanding berus gigi biasa.



“Ia juga dilengkapi struktur khas untuk ubat gigi,” katanya.
Menurutnya, idea itu tercetus ketika mereka sedang memandu selepas pulang dari kerja.

“Ketika itu kami membincangkan tentang tabiat sesetengah orang yang suka memberus gigi dengan jari dan perbuatan itu sungguh menjijikkan,” katanya.



Fayad pula berkata, mereka kini menubuhkan laman Facebook dan akaun Twitter untuk mempromosikan berus gigi itu.

 “Kami berharap dapat mengumpul AS$100,000 (RM300,000) sebagai modal untuk memulakan perniagaan ini,” katanya.
Mereka berharap, ciptaan pelekap sekeliling lidah tersebut bakal menjadi produk pembersih gigi pertama di dunia.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search