Bawak Anak Rompak Bank..

- 08.54
advertise here
Utah – Sepasang suami isteri durjana di Utah bukan sahaja merompak bank, malah apa yang menyedihkan mereka turut membawa dua anak-anak mereka ketika melakukan jenayah berkenaan.

Pasangan berusia 27 tahun itu ditangkap selepas merompak bank Well Fargo.
Ketika itu dua anak mereka berusia lima dan dua tahun berada di tempat duduk  belakang kereta mereka.

Menurut The Salt Lake Tribune, pasangan itu memberitahu bahawa mereka merompak bank kerana berdepan masalah kewangan.

Dalam pada itu, salah seorang kakitangan bank itu memaklumkan, wanita berkenaan memasuki bank itu dan menunjukkan sekeping nota menuntut wang kepada kakitangan bank.

Dia kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu oleh suaminya.
Polis memaklumkan, siasatan di dalam kenderaan itu menemui nota berkenaan, bersama dengan beribu-ribu wang tunai.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search