Aksi Marilyn ketika mengadakan konsert di St. Jakobs Hall di Basel, Switzerland pada Selasa lalu (waktu tempatan). - Foto EPADifahamkan, penyanyi heavy metal itu mengalami luka parah pada telinga sebelah kanan apabila dia dilemparkan gelas dalam pergaduhan yang teruk itu.
Gambar telinga yang nyaris putus dan menerima 24 jahitan dimuat naik oleh Marilyn menerusi akaun Twitter.“Saya dilemparkan gelas dalam satu pergaduhan yang teruk. Walaupun menang dalam pertarungan itu, saya terpaksa menerima 24 jahitan bagi mengelakkan telinga saya kelihatan seperti Van Gogh,” katanya dalam kemas kini akaun Twitter miliknya.
Kemas kini Twitter penyanyi itu mengenai kejadian pergaduhan pada Rabu lalu (waktu tempatan).Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik dan berani itu sedang mengadakan siri jelajah Twins of Evil di seluruh Eropah.
Terdahulu, pada minggu lalu dia sempat singgah ke Itali bagi jelajah berkenaan.
Advertisement