Ledakan kontroversi 2012
KONTROVERSI dan dunia hiburan umpama ombak dengan pantai. Ia tidak dapat dipisahkan. Seperti satu ulangan untuk setiap tahun, kontroversi seni yang tercipta pada tahun ini tidak kurang hebatnya. Mari kita lihat senarai ‘pemenang’ kontroversi 2012.![]() |
NEELOFA |
Percakaran Neelofa-Anzalna
SUHU industri hiburan panas seketika apabila Anzalna telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Neelofa menerusi sebuah akhbar mingguan. Anzalna menuduh Neelofa menghina keluarganya menerusi laman Facebook ‘Kami Benci Anzalna’ dan menyifatkan Neelofa seorang yang busuk hati serta pernah mengugutnya sewaktu sama-sama bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja beberapa tahun lepas. Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas. Gagal mengemukakan bukti, Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka dan kedua-dua artis muda itu dikatakan telah berdamai secara rasmi.
![]() |
TASHA SHILLA |
Limpahan mewah Tasha Shilla
Advertisement
![]() |
NABILA |
Nabila Huda berani mati
TIDAK cukup isu bercium dengan seorang lelaki pada hujung tahun lalu, nama Nabila Huda kembali mencuri perhatian tahun ini. Bermula dengan isu memakai busana hitam seksi rekaan Alia Bastamam pada malam Anugerah Blokbuster 2011, puteri kepada rocker terkenal Amy Search itu mengejutkan ramai setelah memuat naik gambar berparti Halloween dan mencium payudara lelaki ketika sambutan hari jadi teman rapatnya sekitar bulan Oktober lalu menerusi laman sosial Instagram miliknya. Tidak dinafikan, tahun 2012 juga tahun yang cemerlang karier seninya!
sumber