Checklist Pertama Kali Jumpa Bakal Mertua

- 04.32
advertise here

Teringat cite kawan aku yang pertama kali nak pergi jumpa bakal mertua dia. Sebab girlfriend dia orang Kelantan, so dia mintak la tips-tips nak jumpa bakal mertua buat pertama kali..nak bersuai kenal dulu katanya. Aku tengok cuak je muka dia..heheh. Antara tips-tips yang korang boleh guna ialah :

TIPS 1 : Pakaian

Mudah je nak bagitahu, perempuan pakai baju kurung dan lelaki pakai baju kemeja + seluar jeans/slack. Peplum dress, skinny jeans, pallazo, blouse atau baju t-shirt gambar tengkorak tidak digalakkan ye..nanti sakit jantung bakal mertua korang tengok :)

TIPS 2 : Masa

Kalau nak datang melawat, set date yang sesuai. Jangan la datang time diorang sibuk, konpem la diorang takde masa nak layan. Tak pasal-pasal kecik hati korang. Eloknya korang pergi time birthday bakal mertua korang. Pastu bawak la hadiah 'rasuah' sikit..hehehe

TIPS 3 : Bawa Kawan

Kalau korang cuak sangat, bawak je kawan tu. Aku pun tak reti nak masuk group orang veteran ni nak sembang..tapi kalau ada kawan tu boleh jadi macam backup la. Nanti takde la sepatah yang ditanya sepatah yang korang jawab.

TIPS 4 : Topik Sembang
Lelaki boleh je sembang pasal isu semasa, pasal kereta ke hape..tapi kalau nak sembang pasal politik tengok dulu bakal mertua korang hijau ke biru..heheh. Perempuan pulak, bukak la topik pasal resepi ke. Tapi kalau korang jenis pendiam dan bakal mertua suka sembang, korang dengar jela apa yang diorang nak cerita.

TIPS 5 : Bawa Buah Tangan
Jangan pergi rumah bakal mertua tu lenggang kangkung je. At least bawak la buah ke, kain batik ke, kain pelikat ke..bukan pe, nak ambil hati diorang. Pastu cakap la mak ayah kirim salam..sejuk hati orang tua tu dengar. 


Entri lain yang anda mesti baca :

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search