Beza Antara Blogger Lelaki Dan Blogger Perempuan

- 02.25
advertise here

Kat bawah ni adalah perbezaan antara blogger lelaki dan blogger perempuan. Rasa-rasa korang la betul tak?

1. Gambar Pasangan
Blogger perempuan biasanya akan letak gambar boyfriend diorang samada kat header atau pun di sidebar. Takut pakwe korang marah eh kalau tak letak..heheh. Blogger lelaki pulak jarang nampak yang letak gambar girlfriend diorang..ramai yang masih single kot.

2. Header Blog

Blogger perempuan mempunyai design header blog yang menarik, berwarna-warni, bunga sana sini dan siap letak lagu lagi. Blogger lelaki kalau yang rajin tu ada yang pergi tempah header blog, kalau tak header blog tu kekal dengan template yang asal.

3. Warna Blog
Blogger perempuan banyak yang pilih kaler yang terang dan kaler pink. Siap ada salji lagi yang turun dan lampu lip lap..hehehe. Blogger lelaki maintain dengan kaler gelap seperti kaler hitam macam blog aku hijau gelap..macho katanya :)

4. Masa Loading

Antara blogger lelaki dan perempuan takde beza. Mana-mana blogger yang letak banyak iklan, widgets, flash intro atau table HTML, proses loading tu sangat la mengazabkan. Bayangkan kalau korang pergi makan nasi dan dah siap makan nasi pun belum sudah lagi loading tu..hahah.

5. Gambar Doodle

Blogger perempuan kebanyakkannya akan letak at least satu doodle dalam blog diorang. Kalau tak pandai nak buat siap tempah lagi doodle tu..jangan main-main..hehehe. Blogger lelaki template standard je, takde gambar kartun. Kalau ada, maybe tak sunat lagi kot :)

6. Jenis Entri
Blogger perempuan setakat yang aku tengok suka tulis entri cinta, entri berkaitan dengan produk kecantikan dan jugak entri pasal fashion (shawl, pashmina, peplum,maxi skirt, blouse etc). Blogger lelaki pulak banyak tulis pasal blogging tips dan SEO dan isu semasa. Kalau tulis benda personal takut takde orang nak baca pulak.


Entri lain yang anda mesti baca :

 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search