Vokalis Kumpulan Exists Putus Tunang

- 14.56
advertise here
 
SUDAH lama tidak mendengar khabar bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 33.
Kali terakhir, pelantun lagu Jesnita itu dikhabar sudah bertunang dengan pembantu peribadinya, Asliza Abdullah pada 1 Jun 2012.
Begitupun, terbaharu, Ezad yang sudah keluar daripada kumpulan tersebut sejak tahun 2007 itu dikhabarkan oleh sebuah laman blog hiburan sudah putus tunang.
Punca pertunangan mereka putus didakwa kerana pihak sebelah perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan sehinggakan segala urusan dokumen yang berkaitan tidak diuruskan.
Atas sebab itu, Ezad dikhabarkan telah mengambil keputusan membatalkan hasrat berkahwin dengan tunangnya itu.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search