Idea Hijau

- 11.38
advertise here
As Salam semua

Kat rumah kita  mesti ada banyak barang-barang terpakai. Barang-barang terpakai ni kiranya macam korang nak buang sayang, tapi kalau tak dibuang benda tu actually tak berguna lagi. Masalah yang timbul kalau macam tu apa dia? Mestilah ruang simpan yang tak mencukupi juga, mendatangkan habuk. Once nak raya, punggah balik barang mak oi, allergic aku kan. Jadi, cadangan aku untuk anda diluar sana yang mengalami masalah macam ni, apa kata korang buat inovasi pada barang-barang terbuang tu. But of course lah memerlukan masa, ketekunan dan minat. Hasilnya? Korang tak payah cerita lah. Awesome sangat. Just like new! Dan paling penting effort to save our environment. Maklumlah, lepas KLEFF ni aku sangat bersemangat untuk save our mother earth! 

1. KLIP KERTAS SERBAGUNA


Dalam banyak-banyak idea, ini paling awesome yang aku jumpa. Simple sangat. Tak payah buat apa sangat pun, tapi hasilnya best dan menakjubkan. Aku selalu ada masalah wayar laptop, wayar charger dan segala macam wayar lagi yang bergumpal dan bergulung-gulung. Messy gila kan. So here come the solution. Smart. Guna klip kertas yang lapan posen tu je. Klip tepi meja. Done! 


2. SMART TACK


Ini pun awesoe. Kau tau lah kan student life macam mana. Kalau kat rumah, kalau makan biskut atau jajan, ada lebih  boleh terus ikat pakai gelang getah atau pun masuk bekas je kan. Tapi kat kolej kadang-kadang takde benda tu semua. So, in terms of using that way, why don't you try this? Lagi lah best. Bahannya senang, guna botol kosong je. Caranya, potong bahagian atas botol je. Lepas tu kalau ada biskut ke jajan ke, just bunjut hujung dia, masukkan penutup tadi dan tutup macam biasa. Wow! Confirmlah tak lemau. 

3. PASU KERTAS


Ini pun best jugak. Bahannya juga mudah dapat kat rumah. Kertas penggulung tisu je. Sesuai untuk buat tapak semaian. Comel kan? 


4. PENYAPU BOTOL


Next, ni kalau korang buat bagi kat mak mesti dia impress dengan korang. Bahannya, as usual botol kosong sahaja. Tapi yang ini kena hati-hati sikit lah sebab botol kosong ni, korang kena gunting dia. Jangan kena tangan sudah. Lepas dah gunting seperti yang ditunjukkan, just gabungkan 3-4 botol dan kemudian dah siap dah penyapu botol korang ni. Tengok gaya, lebih tahan lama berbanding penyapu plastik biasa tu kan. Sekejap je bulu dia dah gugur! 



5. TANGGA BUKU



Yang ini jugak menarik perhatian aku. Buku kat rumah memang banyak. Kalau masuk kotak, memang tak kan nampak buku tu dan susah jugak kalau esok lusa nak dicari kan. Jadi, apa kata korang mintak tolong ayah atau abang korang, gunakan tangga lama katil double decker korang tu, untuk dibuat sebegini. Korang boleh cat cantik-cantik lepas tu susun elok-elok buku tu. Tak payah nak beli rak buku lagi kan? 


6. BEG SELUAR/SKIRT


Pakaian juga menjadi masalah buat kita semua kan. Nak buang sayang, tak buang kita dah tak muat dah. So, cubalah cara ni. Stylo gak. Guna seluar atau skirt korang sahaja bahannya. Lepas tu korang jahit lah. Ikut kreativiti. Kalau tak tahu jahit, macam aku  ni... mintak tolong mak buatkan. Heheheh. Impress kan. Comel je. Boleh buat pegi kelas! Awesome. 



See. Sebenanrnya kalau kita nak selamatkan alam sekitar ni, bukannya susah sangat. Banyak caranya. Semua terpulang pada hati kita. Nak buat atau tak nak. Nak usaha atau tak. Yes, benda ni mungkin tak seberapa menyumbang pada kelestarian alam sekitar, tapi ingat Small Act, Big Impact! Kalau sorang buat memang tak nampak hasil, tapi kalau ramai-ramai buat. Mesti ada perubahan. Dah lah jimat duit, jimat tenaga, dapat selamatkan bumi kita lagi. Noble job lah! Salute. 




p/s: penat sikit. Tadi join Projek Tree Labelling & Low Carbon Cities Frame. Awesome & Best! 




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search