Perlu Ke Sambung Master Selepas Ijazah?

- 05.47
advertise here
Rasanya ramai blogger yang belum habis buat degree kan. Nak tanya la korang perlu ke sambung master selepas habis buat ijazah? Nampak macam susah tapi bila fikir balik bagus jugak ada master ni. Mesti korang nak tahu syarat-syarat nak sambung master kan. Ni hasil daripada apa yang aku cari kat internet bila korang nak buat master nanti. 

SYARAT-SYARAT NAK SAMBUNG MASTER

1. Mesti dapat CGPA 3.0 dan ke atas.
 
2. Kena pilih nak buat coursework atau research untuk master. Coursework ni sama macam degree. Cuma peringkat master makin banyak assignment, quiz, presentation, etc. Research sangat susah tapi dapat elaun dan masa untuk buat research lebih flexible.

3. Pastikan samada nak buat full time atau part time..kalau kerja better part time dan buat coursework..tapi kalau full time boleh pilih research atau coursework.

4. Pilih dulu minat korang apa, course apa nak ambil, pastu masa..time management tu penting.
 
5.  Yuran master lebih kurang dalam RM 2000 sebulan.
 
7. Financial support tu mesti kukuh..dapatkan biasiswa, sponsor atau kerja dulu. Kalau nak apply scholarship atau biasiswa, boleh apply kat JPA..takkan nak mintak dengan mak ayah kot..kekeke

******************************************

Aku pun teringin nak sambung master jugak sebab nak jadi lecturer. Tapi ada orang cakap tak payah jadi lecturer sambung master, teruskan jadi cikgu. Lecturer ni sibuk, gaji pun tinggi sikit dari cikgu, cuti sikit, balik lewat, kena buat research. Better jadi cikgu, banyak keistimewaan... So, korang rasa perlu ke korang sambung master selepas ijazah?

 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search