Sophie Paris for Shopaholic!

- 07.08
advertise here
As Salam semua

Ini post tertunda. Lebih kurang 2 minggu jugak aku tunda. Insya-Allah lepas ni dah takde dah tunda-tunda. Ada kelapangan, laju je aku kasi up entry. 

Last two weeks, aku berkesempatan ke butik Sophie Paris dekat PJ. Agak tersorok jugak butik dia. Bersebelahan Menara AmCorp. Well, macam korang... this is my first time dengar brand ni. Tapi, jangan down-grade dulu. Tak kenal maka tak cinta kan. 


Butik dia sangat cantik ye sayang-sayang kaki shopping semua! Sangat awesome, sampai kau rasa kau tengah shopping dekat Kota Paris! Wow!!!! Tak caya? Meh aku tunjuk sikit.






Yes, pilihan bag dekat sini sangat banyak dan menawan qalabu ye. Jangan risau, harganya berpatutan. Design pulak memang trendy. Rambang mata aku dibuatnya. Untuk pengetahuan, SP ni menjual pelbagai jenis aksesori lelaki dan perempuan. Beg tangan, tudung, dompet, baju, shawl, jam tangan, beauty product dan banyak lagi. Korang boleh usha page dorang disini





Haaa terliur tak? Tergoda mengada-ngada tak? Baru dapat gaji kan? Poket penuh kan? Bukan korang je rambang mata, aku sekali meroyan masuk situ. Pegang itu nak. Pegang ini nak. Haish pakal je, duit tak berapa nak meriah. Kalau tak dah borong dah... hehehehe. 

beauty product.
yang tiub warna oren tu, mask. sangat best dipakai. nanti ada masa aku review lah.

ini aku rembat. harga RM 98. 


Memang puas hati beli barang dekat situ. Feeling lah sekejap macam dekat Paris kan. Nanti ingat bila-bila nak try beli perfume dia. Macam best je. Wangi pun boleh tahan.... kumpul duit dulu.


p/s: shopaholic, try this ok!


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search