Model Handphone Apa Yang Paling Tahan Lama?

- 17.25
advertise here

iPhone 5 dah keluar..mesti korang tak sabar nak beli iPhone 5 kan.. iPhone 4s pun aku tak mampu nak beli. Tengok gambar je la nampaknya. Hari ni aku macam terfikir dah berapa banyak handphone aku guna agaknya sejak mula guna handphone. Yang paling aku ingat adalah yang first dan yang latest sebab kedua-dua handphone ni paling tahan lama.

Sape pernah guna handphone jenis Nokia 3310 (tiga tiga sekupang) sila angkat tangan sikit..hahaha..kalo korang sezaman dengan aku, mesti korang pernah guna model handphone yang paling tahan lasak ni. So, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah guna Nokia 3310. 


Antara kelebihan Nokia 3310 :

1. Boleh menari pusing-pusing bila vibrate
2. Jatuh dari tingkat 3 boleh guna lagi
3. Jatuh dari katil selamba je
4. Masuk dalam mesin basuh still takde masalah
4. Baling dekat anjing yang kejar pun boleh mati
5. Terpijak pun tak pecah
6. Kena curi kira halal je
7. Seminggu tahan lagi bateri
 



Rasanya Nokia 3310 memang tahap legend. Pakai smartphone sejam je dah kena charge balik. Terfikir jugak buat apa beli smartphone beribu-ribu ringgit tapi pakai untuk call in out je dan untuk SMS. Lebih-lebih lagi sekarang ni yang jenis touch screen. Jatuh sikit berkecai skrin. Silap letak lesap smarphone tu. Nak tak nak kena spare jugak handphone keypad.

Walaupun dah tak guna Nokia 3310 ni, tapi tetap simpan buat kenangan. Rasanya korang mesti malu nak tunjuk kalo guna handphone jenis model ni..kekeke..So, handphone apa korang first guna dan model jenis apa yang tahan lama? Pendapat yang terbaik bakal memenangi sebuah handphone jenis model three three ten :)


Entri lain yang anda mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search