Bila Niat Berblogging Kerana Duit

- 20.20
advertise here

Ermm..aku nak tanya la pendapat korang. Adakah salah kalau berblogging diletakkan matlamatnya untuk dapat duit? Kalau salah kenapa banyak entri dan ebook yang dikeluarkan menceritakan bagaimana buat duit dengan blog. Dan aku rasa, semua blogger (mungkin tak semua) bermula dengan ada matlamat mengejar duit berblogging termasuklah orang yang menulis entri ni.. hehehe. 

Tapi bila difikirkan balik, terlalu kejarkan duit dan tak dapat capai sasaran, kebosanan mula la melanda. Seminggu baru dapat lebih kurang dalam RM 3. Dan bila tak dapat duit seperti yang diharapkan, mula la hilang semangat untuk blogging. Sebulan…dua bulan earning Nuffnang tak naik-naik pun. Mulalah timbul idea nak klik iklan sendiri. Jangan buat kerja click fraud ni. Kena detect dengan Nuffnang dan sememangnya Nuffnang boleh detect pun, masa nak cashout kena reject.

Tapi sekarang pasal dapat duit atau tak.. letak tepi dulu. Yang penting bagi aku la, aku nak jadikan blog ni sebagai kenangan untuk waris aku nanti. Sekurang-kurangnya bila aku dah tua.. waris aku boleh tahu macam mana susahnya bapak diorang dulu buat duit dengan blog ni. Walaupun dah berbakul-bakul entri aku puji Nuffnang dan sampai sampai sekarang pun masih belum dapat BE lagi, tapi tetap setia dengan Nuffnang.

Apa yang penting, niat berblog tu kena ikhlas..duit tu kat mana-mana ada. Kalau ada rezeki,Tuhan bagi. Kalau Nuffnang bagi BE, kita terima..hehehe..tapi jangan sampai ada yang tak tidur malam, berdamping dengan blog macam bini kedua semata-mata nak kejar duit. So, duit dan trafik bukan segalanya..tu hanya sampingan. Tapi kalau kehidupan korang sebagai student yang memerlukan duit lebih, kadang-kadang terpaksa kejar trafik jugak :) 

 Entri lain yang anda mesti baca : 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search