Pentingnya Membuat Backlink Untuk Naikkan Trafik Blog

- 22.14
advertise here

Tahukah anda cara nak buat backlink? Rasanya sekarang dah ramai yang dah tahu pasal backlink. Ramai blogger-blogger juga sering memperkatakan tentang backlink ni. Kat sini aku bagi penjelasan simple pasal backlink. Backlink adalah link dari blog anda ke blog orang lain. Ianya berfungsi untuk meningkatkan trafik blog anda. Sebenarnya, dalam sehari anda tak perlu update entri terlalu banyak jika anda tahu penggunaan backlink ini. 1 atau 3 entri sehari bagi aku sudah memadai jika tahu membuat backlink dengan berkesan dan ia masih menghasilkan trafik yang tinggi (bergantung kepada jenis entri anda).

Dalam entri kali ni aku nak ajar sikit tips membuat Backlink. Backlink boleh dibuat dengan 2 cara mudah iaitu backlink kepada :

URL Main Blog
URL Entri Blog

Backlink kepada URL Main blog ialah anda refer visitor anda untuk ke homepage blog anda. Contohnya, jom lihat Entri-Entri Terkini Nick Nashram <-- Backlink kepada URL Main Blog.

Backlink kepada URL Entri Blog pula ialah memberi backlink kepada entri-entri lama anda. Blogger digalakkan untuk membuat banyak backlink kepada entri-entri lama supaya entri lama tidak terbiar begitu sahaja dan visitor anda juga akan terus membaca blog anda tanpa henti. Sebagai contoh, anda boleh la lihat entri lama aku tentang Bahaya Guna Auto Backlink Untuk Blog <--- backlink kepada URL Entri Blog. Lihat gambar di bawah berapa banyak backlink yang aku gunakan untuk entri-entri lama. 


So, mudah bukan? Sebenarnya senang je kita nak dapat backlink. Tidak perlu backlink daripada orang lain pun takpe. Kita buat backlink sendiri. Kita promote entri-entri lama dalam entri baru. Dengan itu, orang akan baca entri baru dan entri lama kita sekaligus.

Tak faham? Aku jelaskan dalam bahasa yang mudah. Buat satu entri baru dan backlink entri-entri lama tu sama ada dalam tulisan anda ataupun selepas anda siap menulis sesuatu entri.



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search