Karangan Sekolah Rendah : Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

- 07.50
advertise here


 

Tajuk Karangan : Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

Nama Cikgu : Abdul Rahman

Nama Kelas : Tahun 6M

Pada pagi Sabtu minggu lepas, saya mengikut ayah dan ibu ke Pasir Mas sebab saudara sebelah ayah berkahwin. Pada mulanya saya enggan mengikut mereka sebab ada banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Tapi, sebab emak berkali-kali memujuk saya supaya turut serta dan dia cakap Kak Lofa dan Kak Misha pun datang ke majlis perkahwinan itu, terus berubah hati nak pergi sekali. Saya memang kenal sangat dengan Kak Lofa dan Kak Misha, tapi dalam TV saja.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi sebab ayah cakap kalau pergi awal pun orang belum siap masak lagi. Kalau pergi lewat sikit sampai je boleh terus makan. Ayah memandu kereta Proton Saga dan ibu duduk di sebelah ayah. Saya pulak duduk sendirian di belakang. Saya pun suruh ibu buka radio siaran HOT.fm. Masa itu Kamikaze tengah menyanyikan lagu "Tawa Dalam Tangisan". Kebetulan pula, saya baru saja putus cinta. Teresak-esak saya menangis di belakang.

Sepanjang perjalanan, saya tidak tertarik langsung dengan pemandangan di sebelah kiri dan kanan jalan. Tambahan pula, perjalanan kami tersekat-sekat. Ayah cakap mungkin ada kemalangan atau pemeriksaan polis yang menyebabkan berlakunya kesesakan. Saya mula berasa bosan dan lapar sebab ibu tak bagi makan kat rumah. Dia cakap kalau makan awal nanti cepat kenyang makan kat kenduri. Rugilah makan percuma bukan selalu.

Setelah melepasi bandar Kota Bharu, ayah terus memandu kereta dengan tenang. Tapi jalan pula yang buat hal sambil pungung saya terlambung-lambung apabila melalui jalan yang berlubang. Saya tanya ibu "dah nak sampai ke atau lama lagi ?" Banyak kali tanya tapi ibu senyap je kat depan. Bila saya tengok rupa-rupanya ibu dah tertidur. Perasaan bosan saya semakin meluap-luap. Tapi saya pendam saja dalam hati.

Pada masa itu, jalan lenggang dan ayah memandu kereta dengan laju. Sampai di suatu selekoh muncul sebuah kereta yang dipandu laju. Mungkin mat rempit rasanya. Ayah menekan brek untuk mengelak tetapi kereta itu gagal dikawal lalu merempuh kereta kami yang baru dibeli. Plastik kusyen pun tak buka lagi. Saya menjerit ketakutan ketika kereta kami terjunam masuk dalam longkang.

Kerana takut, saya panggil ayah tetapi dia diam saja. Saya tengok muka ayah dan ibu penuh dengan darah. Walaupun kepala saya sakit saya cuba buka pintu tetapi tak berjaya. Tiba-tiba datang beberapa orang membuka pintu dan mengusung keluar ibu dan ayah di tepi jalan. Saya meraung kesedihan melihat keadaan ibu dan ayah. Pada masa itu, saya terbayang apa akan jadi kalau saya jadi anak yatim piatu. Siapa yang akan jaga saya? Mujur ada pak cik yang baik memujuk saya dan dia cakap kecederaan yang dialami oleh ayah dan ibu saya tidak teruk.

Setengah jam selepas itu, ambulans pun sampai dan saya diberi rawatan sebagai pesakit luar. Hati saya cemas memikirkan ibu dan ayah yang belum sedar. Sepanjang perjalanan, saya asyik menangis melihat ibu dan ayah terbaring kaku. Mulut saya tak putus-putus berdoa supaya mereka selamat. Menjelang pukul lima petang barulah mereka sedar. Ayah patah tangan dan ibu cedera di dahi. Saya bersyukur kerana mereka telah sedar.

Kemalangan itu sangat memberikan kesan dan tekanan kepada saya. Sehingga hari ini, saya takut menaiki kereta. Bunyi kereta pun saya dah lari bersembunyi dalam bilik. Inilah peristiwa kemalangan yang tidak dapat saya lupakan.


“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search