Cara Promosi Blog Dan Tingkatkan Trafik Secara Offline

- 06.33
advertise here

Hari ni ada feel pulak nak update pasal cara nak promosikan blog dan tingkatkan trafik secara offline. Gambar kat atas tu UV yang aku dapat setiap hari hasil daripada penggunaan backlink dan entri killer. Boleh la cukup makan. Ok, promosi blog secara offline ini bermakna korang tak perlu tulis sebarang entri dan ping kat mana-mana website atau share kat social networking. Caranya mudah sahaja. Antaranya ialah :

1.Tukar Cover Facebook Timeline.

Jika facebook anda dah bertukar kepada timeline, jangan sedih sebab ada jugak kelebihannya. Jika anda seorang blogger baru dan ingin menambah followers atau pembaca ke blog anda, design facebook cover anda dengan menulis nama domain blog anda. Contoh seperti facebook cover aku di bawah ni. So, apabila ada orang masuk ke page facebook anda ataupun ada orang yang request nak jadi friend anda, benda yang pertama yang dilihat ialah facebook cover. Secara tak langsung, anda dah mempromosikan blog anda kepada mereka. 




2. Tulis Nama Domain Blog di Setiap Nota/Assignment

Kalau ada kawan-kawan yang selalu pinjam nota anda, digalakkan tulis nama domain blog disetiap nota sama ada dekat cover page atau pun di setiap helaian.Pastikan tulis tu menarik dan berwarna-warni. So, bila ada member nak pinjam nota mesti dia tengok cover page dulu kan ataupun masa duk belek nota tu mesti dia akan perasan dengan nama domain blog anda. Kebarangkalian dia nak bukak blog anda ada jugak la. Kalau anda ni kategori 'berani mati' sila tulis kat assignment yang nak dihantar kepada lecturer. Mana tau nanti satu fakulti tahu pasal blog anda.

3. Buat Baju dan Stiker Sendiri

Buat baju yang ada nama domain sendiri pun agak efektif sebagai cara promosikan blog offline. Design cantik sikit baju tu pastu letak nama domain blog di tempat yang mudah orang tengok. Baju tu kalau boleh buat lebih sikit dan edarkan kepada kawan-kawan. Bayangkan kalau anda pakai baju yang ada nama domain blog anda pergi ke CC, rasanya semua orang kat situ pakat duk search blog anda. Stiker pun berkesan jugak. Lebih-lebih lagi kalau boleh tampal dekat kereta dan helmet motor. Mesti orang pandang semacam je. Sekurang-kurangnya ada impak jugak terhadap blog anda.

4. Domain Sebagai Dekstop Wallpaper

Pilih je mana-mana gambar untuk dibuat sebagai dekstop wallpaper asalkan ada tertulis domain blog anda kat situ. So, kalau ada member yang nak pinjam laptop atau desktop, tak kiralah nak main PES ke apa, tentu diorang akan perasan tentang blog anda. Nak senang lagi print screen je header blog anda untuk dijadikan desktop wallpaper. Contoh wallpaper laptop aku.




5. Buat Banner dan Pamplet

Yang ni kalau anda betul-betul nak jadi glamour boleh la buat macam ni..heheh..Gerenti 100% berkesan. Esok boleh la pergi ke kedai yang buat banner dan tempah banner yang ada nama domain blog anda. Bila dah siap, tampal banner tu tempat awam. Nak senang sikit tampal dekat lampu trafik. Setiap kereta yang berhenti konpem baca banner tu. Jangan lupa print pamplet tentang blog anda banyak-banyak. Pastu bukak satu booth kat pasar malam dan edar la pamplet tu..hahah..SELAMAT MENCUBA. 


Entri lain untuk naikkan trafik yang korang mesti baca :


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search