Cara Nak Dapat 1000 Visitor Dan 1000 UV Sehari

- 00.47
advertise here
 
Bagi blogger baru seperti aku, bukan mudah nak dapat jumlah visitor dan jumlah UV 1000 ke atas setiap hari. Setakat menulis entri dan publish entri di dalam blog sahaja tanpa ada platform lain serta penggunaan SEO yang dapat membantu untuk meningkatkan trafik adalah sesuatu yang mustahil bagi blogger baru untuk memperolehi jumlah visitor 1000 ke atas setiap hari. Buat blog memang mudah, yang payahnya adalah nak maintain trafik dan tarik pembaca ke blog anda. Aku bukan pandai sangat pasal ni, tapi selama 4 bulan blogging boleh tahu sedikit sebanyak cara untuk nak kekalkan momentum trafik blog. So, aku nak kongsi la sedikit cara yang aku buat untuk maintain trafik dan visitor.

Bagaimana Mendapat 1000 Visitor Dan UV Sehari?

1. Pilih topik yang menjadi carian dan bacaan ramai orang

Cari topik yang panas. Topik yang panas bukan bermaksud topik seks atau lucah tetapi topik yang orang selalu cari. Sebelum anda menulis sesuatu entri, fikir dahulu apa topik yang selalu orang ramai perlukan dan buat sedikit research kat internet untuk menyokong idea dalam entri anda nanti. Biasanya orang selalu cari tentang tips, petua, isu semasa, gosip dan tutorial. Elakkan dari menulis kisah peribadi anda.

2. Buat banyak backlink dalam entri

Kalau anda jenis yang malas nak update blog dan blogwalking, tulis satu entri dan buat backlink kepada entri-entri lama supaya entri lama tidak terbiar begitu sahaja dan visitor anda juga akan terus membaca blog anda tanpa henti. Tidak perlu backlink daripada orang lain pun takpe. Anda buat backlink sendiri. Anda promote entri-entri lama dalam entri baru. Dengan itu, orang akan baca entri baru dan entri lama anda sekaligus. Contoh tengok disini : Pentingnya Membuat Backlink Untuk Naikkan Trafik Blog

3. Ping entri anda di laman web

Setiap kali siap menulis entri, jangan lupa ping entri anda itu ke laman web seperti Apesal.com, GuaBlog.com, Oh!Belog.com, Busuk.org dan sebagainya. Gambar kat bawah ni adalah sumber trafik paling banyak aku dapat bila ping entri kat laman web tersebut. Dengan topik dan entri yang bagus, kemungkinan blog anda akan menerima trafik tinggi adalah sangat cerah. Contoh tengok disini : Laman Web Untuk Ping Blog 


4. Ping entri anda di laman sosial

Facebook adalah platform yang terbaik untuk anda mendapat ramai visitor. Join je mana-mana group dalam facebook seperti Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Malaya dan sebagainya untuk mempromosikan blog anda. Dan digalakkan juga untuk anda ping entri itu ke fanpage atau group berdasarkan jenis entri anda. Kalau entri itu mengenai kisah cinta atau tips bercinta, cari fanpage  yang berkaitan dengan cinta dan ping entri anda di situ.

5. Selalu update blog

Pastikan blog anda sentiasa ada post dan entri terbaru. Update blog berdasarkan isu semasa. Kalau anda suka menulis tentang gosip, carilah isu terbaru tentang artis tanah air dan sebagainnya. Walaupun entri yang ditulis itu pendek tetapi ada info adalah lebih baik dari tak ada langsung. Entri yang evergreen lebih baik untuk blog mendapat trafik yang berterusan.

6. Penggunaan keywords yang berkesan

Banyak fokuskan kepada keywords di dalam entri anda. Jika tajuk entri anda mengenai kisah artis seperti "Artis Malaysia Yang Bertudung" pastikan keywords yang sama itu diulang di dalam setiap entri. Penggunaan keywords yang berkesan membolehkan entri anda senang orang nak cari dan tak mustahil boleh berada di tangga pertama dalam enjin carian. Ada jugak blogger yang menggunakan keywords seperti " Gambar Hot dan Seksi Neelofa" atau "Keputusan Perlawanan Malaysia Menentang Chelsea" pada tajuk entri mereka tapi bila dibaca takde pun. Sekadar keywords sahaja untuk menarik pembaca. Terpulanglah pada anda.



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search