Bila Masa Sesuai Untuk Update Blog?

- 07.07
advertise here
Aku rasa la memang tak ada masa yang spesifik untuk update blog. Lagipun nak update bog pun bergantung pada jenis blog jugak. Sesetengah orang mempunyai masa yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis selepas subuh, ada jugak yang suka menulis pada waktu malam dan tak lupa jugak yang update blog setiap satu jam. Haa? Tak percaya?

Bukan apa, aku penulis blog part time je. Sibuk dengan kerja. Masa yang terluang sebelah malam. Kadang-kadang ada juga sebelah pagi. Bagi aku, aku suka waktu malam untuk update blog. Lebih kurang dalam pukul 10-12 malam. Tambah pula, kalau ada air kopi sebelah laptop ne, macam air terjun datang idea nak menulis. Kadang-kadang tu sampai terlajak ke pagi. Bila check balik dekat post tu, banyak jugak aku tulis entri tapi duk peram sampai lebam dulu..hahah
Bila aku tengok trafik untuk hari ne, rasanya waktu tengahari ramai orang yang datang melawat. Tu pun tak update. So, berdasarkan aku punya trafik, waktu sesuai untuk update blog time tengahari la. Tak tahulah korang punye trafik macam mana.
Apa pun, setiap blogger ada masa-masa tersendiri untuk mengupdate blog. Tak dapat tulis 10 entri sehari 2 entri pun dah cukup untuk elakkan blog daripada bersarang. Itu terpulanglah pada diri blogger masing-masing. Tak kiralah waktu mana pun asalkan trafik blog tu tak mati, biar ada jugak visitor yang datang melawat.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search