Korang Blogger Jenis Apa?

- 04.15
advertise here
Macam-macam jenis blogger ada . Korang mesti salah satu daripada jenis-jenis blogger kat bawah

Blogger awek cun ne rasanya ramai kot kat Malaysia ne. Jenis-jenis blogger macam ne konpem famous. Apa je entry yang dibuat penuh orang komen. Tak komen pun yang like dah beratus-ratus. Followers tu toksah kira lah.Maklum lah orang cantik. Untung badan.

Blogger politik pun tak kurang hebat jugak. Tulisan dia tajam macam buluh runcing. Kebanyakan blogger seperti ne terdiri daripada orang peka dan ambil tahu pasal pentadbiran dan pemerintahan kerajaan. Kalau time politik, blog-blog macam ne panas macam pisang goreng. Tapi kena hati-hati jugak, silap tulis boleh masuk penjara!

Blogger gosip ne lebih hebat dari paparazi dan mamarazi. Kalau ada berita pasal artis tu bercerai, tak sampai 10 minit dah ada orang tulis dekat blog. Pizza delivery pun tak boleh tanding kepantasan blogger gosip ne.

Blogger bisnes pulak aku rasa apa je yang dia tulis mesti ada agenda pasal bisnes. Boleh tambah pendapatan kalau buat dengan betul. Mesti tiap-tiap bulan duk cashout dari Nuffnang je la.

Blogger jimat ne hanya boleh nampak dekat tempat-tempat yang tertentu je macam KFC,Starbuck dan kedai mamak. Bawak charger dan pesan teh ais segelas, lepak kat situ berjam-jam..hahah

Blogger malas pun ramai kot. Orang ada blog sibuk nak ada blog jugak. 2 3 kali update selepas tu terus dibiarkan bersawang. Aku lah blog malas tu, pengakuan ikhlas ne..hahaha
sumber gambar : http://comicstriper.blogspot.com/


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search