Cikgu Pun Kena Belasah!

- 05.56
advertise here

Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.


Pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah. Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

Apalah nak jadi dengan budak sekolah zaman sekarang ne? Mana letak rasa hormat bila cikgu pun nak pukul. Layan pun macam kawan. Belajar seribu tahun pun kalau tak hormat dekat cikgu hidup tak berkat. Sekarang ne semakin menjadi-jadi pulak. Bukan setakat guru lelaki jadi mangsa, malah ada kes guru perempuan yang ditumbuk sebab menegur pelajarnya.

Kepada semua guru dan juga bakal guru (peringatan untuk diri sendiri jugak) bersedialah anda untuk menghadapi pelajar jenis macam ne. Kepada guru lelaki, aku suggest baik pergi workout dekat gym bagi nampak tough sikit baru budak takut. Kepada guru perempuan, sila bawak bodyguard sekali :)

sumber : Harian Metro

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search