Lelaki Lebih Kreatif Sebenarnya?

- 01.51
advertise here
As Salam semua

Rasanya sekarang dah boleh aku lupakan babak-babak kisah manusia songsang. Actually bukan lupakan lah. Cuma tinggalkan sekejap dalam blog ni. Progress akan diberitahu kelak. Kang kalau tiap-tiap hari aku cerita benda yang sama, tak memasal je kena carut dengan reader. Takde idea ke hape kan? 


Dalam hidup aku, aku suka sangat dengan benda yang kreatif. Benda yang mungkin plain di mata manusia biasa, tapi di mata mereka yang celik seni *bajet aku celik seni sangatlah!, itu dikategorikan 'masterpiece'. Susah nak jumpa manusia yang kreatifnya melampau sebab manusia menilai daya kreativiti berbeza-beza. Ada orang kata, hitam itu manis. Orang lain pula kata hitam itu misteri. Tapi bagi aku hitam adalah penyelamat. Sebab semua benda boleh dicover dalam warna hitam. Baju hitam sorok lemak-lemak manja di badan. Bilik gelap hitam sorok barang bersepah. Rambut hitam sorok uban putih. Tapi kalau hati yang hitam, mintak maaf. Tak boleh sorok! 

Usia aku menginjak 23 tahun ni, aku selalu melihat kaum yang tak sejantina dengan aku sebagai mahkluk yang super kreatif. Kreativiti mereka sangat memikat hati. Mungkin jugak sebab aku the opposite gender kan? Luar batas, luar minda dan luas maknanya. Mereka bijak mengambil hati orang sekeliling dengan ke-misteri-an yang dikurniakan Allah pada mereka. Mereka diam, tapi mereka berfikir. Mereka bercakap bila perlu. Paling penting mereka bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki dengan akal kreatif. 

Kau tak payah tengok jauh lah. Kau tengok dari segi blog sahaja cukup. Memang diakui, blogger ramai di kalangan perempuan, tapi sekali blogger lelaki muncul rating mereka lebih senang naik dari perempuan. Gaya penulisan mereka bersahaja. Guna gua dan lu sebagai kata ganti diri. Bukan I , you. Guna kata-kata lucah mahupun biadap dalam keadaan yang seeloknya dan di tempat yang betul. Mereka 'menganjing' dengan penuh kesusilaan. Dan walaupun idea utama entry sedikit merapu meraban, tapi jelas memikat hati. Cukup asam garam. Layout blog simple dan minimalis. Tak perlu lagu, font bunga-bunga apatah lagi gambar-gambar pose 'perasan'. Mereka jadi diri mereka sendiri. Memang aku tabik! 

Aku tahu, memang disini ada gender bias. Tapi aku rasa itu adalah satu fakta yang perlu diakui. Perempuan punya cara tersendiri untuk memikat. Dan tersangatlah jeleknya kalau skill lelaki diguna perempuan untuk menonjolkan diri. Masing-masing punya kekuatan tersendiri. Asalkan kita bijak menggunakannya. Cuma kadang-kadang perempuan akan jadi annoying bila skill itu di tambah dengan gedik yang dibuat-buat. Meluat! 



p/s: aku admire 3 lelaki blog ini : downgila, syazwan, kroniknya dunia

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search