Pulut Mangga Yang Menggoda

- 18.41
advertise here
As Salam semua

Bila duduk jauh sikit ni dari family, kenalah cari alternatif lain untuk merasa minum petang. Semalam petang, dah lah hujan-hujan kan. Lepas habis segala urusan, aku dengan kawan aku meroyan cari makanan. Ingat nak makan pisang goreng ke tak pun rojak mamak tapi disebabkan hujan yang maha lebat macam malas pulak nak menempuh jalan sesak. 

Last-last kiteorang minum petang kat Mid Valley. Orang kaya sangat kau kan, minum petang kat Mid Valley. Hehehe. Kiteorang makan Pulut Mangga! Masya-Allah. Sedapnya..... memang sampai pagi ni terasa lagi manisnya buah mangga tu. Sedapnya kuah dia......




Kau tengok, masak ranum kan mangga dia. Kuah melimpah ruah. Memang super-super sedap. Harga hanya RM 5. Tapi memang sangat berbaloi. Yang best dia bagi mangga tu hampir sebiji. Bukan dipotong-potong kiub dan bagi setakat 3-4 ketul je. Tu yang aku suka sangat tu. Lokasinya, senang. Depan Careffour Mid Valley, ada satu booth makanan Thailand yang halal dimakan ye. Kat situlah ada pulut mangga sedap ni. 



p/s: Balik nak try buat sendiri lah.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search