Kita Diingatinya Sehingga Nafasnya Yang Terakhir

- 04.29
advertise here
As Salam semua

Sempena Maulid ni, aku nak post salah satu lagu yang sangat-sangat-sangat aku suka. Sampaikan ringtone handphone aku pun lagu ni. Lagu yang menambah kecintaan pada Kekasih Allah, Al-Amin. Hayatilah maksudnya, menitis air mata ni... Laukana Bainana Ya Habib




Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.





Sesungguhnya kita umat yang bertuah, punyai Rasul junjungan alam. Punyai rasul yang menyayangi kita semua sehingga ke nafas terakhirnya. Sebak dan syahdu sangat hati ni bila mendengar kisah kewafatan Rasulullah. Ummati...Ummati...Ummati...





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search