Baik Cepat Sebelum Naik Harga!

- 10.40
advertise here
As Salam semua

Aku pernah bagitahu DALAM ENTRY INI tentang habit aku. Obses dengan hal-hal perkahwinan. Yang pasti, bukan aku sorang. BFF aku pun ada habit yang sama. Bukan kata dah nak kahwin, tapi saja usha-usha sambil gentel-gentel rambut membayang calon suami yang kacak, tampan lagi kaya-raya! Kehkehkeh. *paaang*

Cakap pasal kahwin ni, eh korang tahu tak yang sebelum kahwin WAJIB pergi kursus kahwin? Kursus ni penting sebab dia ajar hidup berumah tangga dari segala aspek. Kira macam kelas munakahat dulu lah masa sekolah darjah 4-5-6 dan darjah khas sekolah agama. Aku suka kot kelas tu. Sebab ustaz yang ajar super kacak. Sampaikan, aku and the group datang sekolah agama hari Selasa dan Khamis je. Hari yang ada mata pelajaran Munakahat. Hari lain malas. Pernah masa final exam, aku dengan kawan aku yang sama-sama gatal bijak ni dapat markah 98% untuk Munakahat. Kehkehkeh. Bangga ustaz yang ajar kiteorang. 

Ok, ini intipati sebenar-benarnya. Yang atas tu merapu lebih. Maaf. Aku ada dengar kata yang Kursus Kahwin bakal dinaikkan harganya bermula September 2012 ni. Tak berapa pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi sumber adalah bakal pengantin. Jadi for sure dia usha hal-hal macam ni dengan pihak yang bertanggungjawab kan. Katanya bayaran akan dinaikkan kepada RM 200/pasangan dan diadakan selama 3-5 hari. Mahal tu!!! Maklumlah sekarang kan kes penceraian kan banyak. Sebab kurang ilmu ke-rumahtanggaan lah tu... pasal tu lah langkah drastik dan pencegahan diambil. 

Jangan panik rakan taulan semua. Ini ada penyelesaiannya.



Semua pihak, tak kira dalam mahupun luar UM boleh turut serta. Bayaran hanya RM65 saje dan makanan disediakan. Berlipat ganda murahnya daripada kursus diluar. Harga student! Yang paling penting, sijil diiktiraf oleh JAKIM dan diterima di semua negeri kecuali kalau korang nikah kat Selatan Thailand lah kan. Available seumur hidup

Aku dan mula terfikir nak join ni. Bukannya apa, sebagai persediaan. Padahal calon belum ada pun. Kehkehkeh. Doakanlah yang terbaik ye buat aku. Dan bagi anda yang berminat, sila hubungi : 

Cik Aimifiqa di aimifiqa@yahoo.com 
atau datang 


*masih ada kekosongan*
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search