Wah 2000 Follower = RM 2000!

- 17.26
advertise here
As Salam semua

Tipulah sangat kalau ada blogger yang tak pentingkan follower. Lagi teruk kalau yang tak reti menghargai follower. Follower tu asas kepada penciptaan blog tau. Kalau tak de muka-muka follower tu, macam mana blog kau nak maju? dan macam mana pulak minat kau bercambah? Yer lah sebab bila ada follower, mana-mana je kau pergi kau akan cari idea untuk buat entry. Entry untuk sapa lagi kalau bukan follower yang juga reader blog kau. Jadi, apa kata sekali sekala ucapkan terima kasih banyak-banyak pada follower yang menyokong blog kau! Bukan susah sangat pun. 

Pagi ni, Alhamdulillah, target aku tercapai. Aku memang bercita-cita punya follower seramai 2000 orang sebelum akhir tahun ni. Yes, dalam blog pun kena ada target barulah seronok dan mencabar. Tapi aku tak pernah lah guna jalan kotor je, jalan belakang ke untuk meraih simpati orang kat luar follow blog aku. Aku cuba cara seperti jadi sponsor, running contest dan rajinkan diri bertegur sapa atau komen-mengomen sesama blogger. Barulah follower dan kita semakin mesra. Malahan ada jugak follower aku yang memang aku kenal in real life berborak pasal entry-entry yang aku tulis tu bila kitaorang berjumpa. Serius best lagi bila dorang ambil pengajaran daripada entry kau tu. Sebab kau akan rasa bahawa entry kau tak sia-sia. 

Jadi, bersempena dengan follower aku yang mencecah 2000 orang pagi ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua follower cum reader untuk blog Hanya Dari Mata ni. Blog yang asalnya sekadar satu blog biasa, tapi daripada koranglah blog ni jadi luar biasa *perasan*. Well, macam aku selalu cakap, "Kerana anda, Blog aku berharga!" Thank you so much! *alangkah bestnya kalau 2000 follower sama dengan RM 2000!*


p/s: Syaza adalah follower ke-2000 tapi bukak profile dia takde tertulis link blog dia. Sekiranya Syaza ada blog, inform cepat ye!  Untuk tengok penghargaan 1000 followers KLIK SINI

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search