Siapa Je Yang Nak Baca Entry Nasihat Kau Tu?

- 07.36
advertise here
As Salam semua



Kalau korang peminat setia Blog Hanya Dari Mata ni, *wait ada ke peminat?* korang boleh perhatikan corak penulisan entry aku lebih kepada luahan ketidak puasan hati, pengubahan mental dan sikap masyarakat, serta analisa aku mengenai perkara sekeliling. Apa sahaja yang aku rasa, aku cuba cernakan dan kupas dengan sebaik mungkin dan cuba untuk tidak memalukan mahupun menyentuh isu-isu peribadi. But suddenly ada orang tanya aku:

"Kau buat entry nasihat semua tu, sapa je yang nak baca? Kau rasa kau berjaya ke didik dorang?"

Aku tergamam dan terkumam sekejap. Tapi masih lagi aku senyum memandang mata si penyoal. Bukan satu soalan, ada lagi...

"Kau rasa orang suka ke perangai orang yang lantang bersuara macam kau ni?

Sekali lagi aku senyum.  Tarik nafas dalam-dalam dan ini jawapan aku. Aku tau si penyoal baca blog aku ni. Dia kata dia pembaca tegar Blog Hanya Dari Mata. Oh, terima kasih banyak-banyak atas sokongan kau. Aku hargainya! Jadi, ini jawapan aku untuk merungkai persoalan kau... 

Aku bukan malaikat. Tapi rasanya kalau semua orang kena jadi malaikat dulu baru boleh memberi nasihat kebaikan, jawapannya musnahlah dunia. Aku tau sifat aku memang lantang memberi pendapat dan idea, menegur dan bersuara dan aku rasa dunia hari ni memang memerlukan orang macam aku. Kenapa? Sebab pada aku, masyarakat hari ni dah kurang sifat kepedulian, kurang sifat bertolak ansur dan yang paling sedih kurang sifat hormat. Hormat sesama manusia, sesama makhluk dan hormat pada agama yang aku sayangi ni.

Masyarakat hari ni dah tak makan saman dah kalau kau nak berlembut. Bagi nasihat elok-elok kau fikir mereka rela hati nak dengar dan patuh. Untung benarlah! Sebab nanti kepala kau yang dipijaknya. Kau yang akan diperlekeh sebab konon-konon jadi baik. Jadi sebelum kau kena 'boo' baiklah kau buat sesuatu tu sampai kau berjaya. Walaupun orang benci kau, tapi kau tau apa yang kau buat adalah baik untuk diri orang tu sendiri. Terima atau tak lain cerita. Yang penting cuba!

Kalau bercakap soal terdidik atau tidak pembaca aku, itu aku tak dapat nak pastikan. But at least, aku menyumbang sesuatu dalam pembinaan moral dan keperibadian mereka. Aku cuba membuka pemikiran mereka kepada satu dimensi yang lebih luas. Menanam sifat bahawa dunia ini adalah satu perkongsian. Bukan hidup sorang-sorang. Jangan jadi selfish!
  
Malangnya, aku tak perasan orang yang didepan aku yang masih tertutup pemikirannya. Orang yang tak dapat menerima kritikan membina dan pada kau orang macam aku ni umpama "Cakap je lebih, tapi habuk pun takdak!". Well, nak buat macam mana. Susah nak robohkan dinding yang ada dalam kepala kau. Mungkin aku kurang dari satu segi tapi izinkanlah aku menyumbang bakti di blog picisan aku ni.

Aku teringat kata-kata seorang Ilmuwan Islam:

"Aku boleh berdebat dengan sepuluh orang bijaksana, tapi aku tak boleh berdebat dengan satu orang yang berfikiran tertutup!"

Walau apapun yang orang fikir tentang aku, yang pasti aku akan cuba jadi diri aku sendiri di dunia realiti mahupun di alam maya ni. Buat apa nak menyorok dalam bayang-bayang kau? Buat penat je!


p/s: Jangan risau, aku tak patah semangat dan terus menulis entry yang lebih berkualiti!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search