Perangai Seorang Blogger Tegar

- 02.18
advertise here
As Salam semua

Apa korang rasa bila hidup sebagai seorang blogger ni? Happy? Penat? Menakutkan? atau biasa-biasa je. Dunia blog hari ni memang membangun dengan pantasnya. Ramai yang dah ada blog. Meluah perasaan, berkongsi cerita suka, duka semua dalam blog. Kat sini aku nak list down beberapa kriteria atau perlakuan biasa seorang blogger tegar. 


1. TIME MAKAN
- Kau akan jadi orang paling lambat makan. Sebab utamanya, kau nak snap dulu makanan yang terhidang tu. Tak kisahlah kat rumah atau kat kedai. Apatah lagi kalau makanan tu memang special. Kau mesti amek gambar makanan tu dari setiap sudut. Yang lagi dasyat, bukan makanan kau je, makanan kawan atau ahli keluarga kau sekali disnapnya. Nak masuk blog katanya! 

2. KELUAR JALAN-JALAN
- Kau mesti dah siapkan segala perkakasan untuk entry di blog. Kau charged handphone, digital camera semua supaya tak kong bateri. Kalau nak travel lama sikit tu, brodband dipastikan dah bayar, laptop dibawa, charger semualah. Kiranya kalau ada masa terluang memang kau akan update blog dulu. 

3. APPEARANCE
- Kau dah jadi macam public figure. Lagi-lagi yang memang blogger retis tu kan. Kau kena pakai elok-elok. Makeup cantik-cantik. Lagi-lagi kalau kau pergi shopping complex. Kau memang tak boleh pakai selekeh-selekeh. Yerlah, bila kau jumpa blogger lain for sure lah dorang nak amek gambar dengan kau. Kau kan blogger femes. So, tak kan nak muka serabai masuk blog. Ye dak? 

4. BF/GF/KAWAN-KAWAN
- Yes, bf atau gf korang serta orang yang rapat dengan kau turut mendapat tempias publisiti. Malahan, secara tak sedar korang akan mempengaruhi mereka untuk sentiasa berpakaian cantik dan kemas. Sebabnya, segala aktiviti korang dan mereka akan direkodkan dalam blog. 

5. TENGOK BLOG DULU BARU FACEBOOK
- Korang memang dipanggil blogger tegar bila mana korang akan check atau jenguk blog dulu barulah beralih kepada facebook. Sehari tak bukak blog rasa tak complete je hidup! Fuh....kritikal ni. Aku sendiri macam tu sebenarnya. Blog sentiasa memanggil-manggil aku! Cewah...

6. PEKA DENGAN SEKELILING
- Habit baru korang ialah pantang nampak benda yang pelik sikit ke, atau yang lain macam sikit ke, mesti korang nak ambik gambar dan masukkan dalam blog. Korang akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling korang sebab manalah tahu dari situ boleh menjana idea untuk blog kan? 


Heheh. Kelakar jugak kadang-kadang bila jadi blogger ni. Korang ada macam tu tak? Semua benda kita nak masukkan dalam blog kalau boleh. Tapi sebenarnya memang seronok pun dunia blog ni. Dunia yang membolehkan korang berinteraksi secara mesra dengan orang lain walaupun orang tu tak pernah korang jumpa. Pada aku tak salah semua tu, asalkan kita tahu batasan dalam berblog dan batasan dunia maya ni. Pandai-pandailah bahagikan masa antara real life dengan virtual life. Ada masa kita kena jadi 'manusia sebenar'.  Selamat berbloging semua! 


p/s: Senyum sendiri je...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search