Jangan Nak Beli Majalah Aje!

- 19.05
advertise here
As Salam semua

Aku memang peminat buku. Kalau ada duit lebih, aku akan spend untuk buku tak pun majalah. Malahan, kalau aku stress sangat-sangat, aku akan bawak diri aku ke mana-mana kedai buku dan duduk situ berjam-jam sambil bersantai baca apa-apa buku dan kemudian stress akan hilang. Mungkin effect bau wangi buku baru kot....hehehe. *teori sendiri* Oh, ye! Kalau korang ingat dalam ENTRY INI, ada satu buku yang aku plan nak beli. Alhamdulillah, dah berjaya di beli pun... 




Bukan buku tu je yang aku beli, aku beli buku Ustaz Azhar Idrus lagi. Personally, aku suka dua-dua buku ni. Berbentuk ilmiah dan memang diakui boleh menambahkan pengetahuan agama lebih-lebih lagi buku permasalahan semasa tu. Memang bagus. Ada banyak persoalan yang dijawab dengan baik dan mudah difahami. Meliputi pelbagai aspek kehidupan. Daripada ibadah, fikah, faraid, munakahat dan sebagainya. Harga buku ni, RM 14 sahaja. Jawapan Ustaz santai dan memudahkan kita untuk memahami. Malahan pada aku lah kan, buku ni lagi efektf daripada video ceramah Ustaz sebabnya aku kurang faham sikit loghat Terengganu. Hehehe... 

Manakala buku 40 Hadis Palsu Popular tu memang mengejutkan aku bila membacanya. Sebab, baru aku tahu bahawa ada banyak hadis Rasulullah yang telah dimanipulasi hari ni. Malahan hadis-hadis tersebut sememangnya popular dan kerap kita dengar. Contohnya, hadis "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Selalu kita dengar dan gunakan tapi tahukah korang, hadis ini diragukan. Kalau korang nak tahu, apa sebab musababnya, cuba korang dapatkan buku ni. Murah. Hanya RM 9 sahaja! 

Aku dapati, hari ni hanya sedikit je orang yang berminat dalam buku ilmiah. Ramai yang prefer majalah dan bahan bacaan ringan.  Memang majalah boleh memberikan input berguna, tapi kalau dibandingkan, majalah lebih kepada promotion barang. Jadi jom sama-sama kita balance kan ilmu pengetahuan kita!


p/s: Jangan malu nak beli buku keagamaan! Tak salah pun...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search