Allah Tak Sayang Aku!

- 00.05
advertise here
As Salam semua


Kita selalu mengeluh bila apa yang kita mintak pada Allah tak diperkenankan. Kita akan menyalahkan Maha Pencipta sebab tak berlaku adil kepada diri kita. Macam-macam getusan hati kecil akan kedengaran. Itu normal dan itulah hati manusia. Tapi betul ke memang salah Pencipta yang tak makbulkan permohonan kita tu? Cuba check dulu diri kita sendiri, sempurnakah doa kita setiap hari? Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya : 

 " Wahai Sa'ad, makanlah makanan yang baik lagi halal tentu engkau jadi orang yang baik lagi makbul doanya. Sesungguhnya orang yang pernah memasukkan sesuap makanan ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang layak untuknya. "
(Hadis Riwayat Thabrani.)

Disebabkan aku tak nak lagi menyebarkan hadis palsu dalam blog aku ni KLIK SINI UNTUK KES maka aku telah merujuk kepada Nota Bahagian Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan nak share sedikit ilmu mengenai adab yang terbaik ketika berdoa. 

  1. Ikhlas
  2. Menghadap Kiblat
  3. Dalam keadaan berwudhuk (jika mudah dilakukan)
  4. Mengangkat kedua tangan dengan bersungguh
  5. Dimulakan dengan Bismillah dan memuji kebesaran Allah dan diikuti selawat kepada Nabi S.A.W 
  6. Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh gapah
  7. Tidak berkhayal kepada perkara lain (khusyuk)
  8. Sentiasa berdoa (susah/senang)
  9. Tidak meminta kecuali kepada Allah SWT
  10. Tidak mendoakan keburukan kepada orang lain
  11. Merendahkan suara ketika berdoa
  12. Pengakuan terhadap dosa silam dan memohon keampunann Allah dan mengucap syukur atas nikmat-Nya
  13. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas
  14. Tidak keterlaluan dalam berdoa (meminta perkara yang pelik dan bernada seperti mengugut)
  15. Berdoa untuk diri sendiri dahulu baru diikuti untuk orang lain
  16. Memastikan pakaian, makanan dan minuman dari sumber halal
  17. Menjauhkan diri dari segala maksiat zahir dan batin

Jadi bagaimana? Adakah Allah yang patut dipersalahkan dalam hal ni? Rasanya mustahil kan. Sebab Allah adalah sebaik-baik pendengar yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Dia tetap melimpahkan rezeki, nikmat dan rahmat kepada semua hamba-Nya walaupun hamba-Nya sering zalim terhadap-Nya sebagaimana dalam firman Allah: 

" Sesiapa yang mengerjakan amalan Soleh maka faedahnya akan pulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahanya akan menimpa dirinya sendiri.; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." Surah Fussilat: 46

Sesungguhnya doa adalah senjata kita semua. Mintalah dengan hati terbuka dan mintalah dengan sesungguh-sungguhnya. Insya-Allah, Allah akan perkenankan doa kita. Ingat, cepat atau lambat bukan kuasa kita tetapi percayalah Dia lebih mengetahui apa yang kita lebih perlukan mengikut perancangan-Nya. 

p/s: Sedikit info yang aku dapat melalui pembacaan :


KETIKA BERDOA,  RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN DAN PASTIKAN GARISAN TANGAN BERSAMBUNG (seperti gambar)  KERANA: 
 “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN."  sumber penulisan Ustz. Abdullah Mahmud






Advertisement
 

Start typing and press Enter to search